- Iklan -
Berita

Menang rayuan, saman peguam terhadap menteri Singapura akan didengar di Malaysia

Lawyers for Liberty memohon pengisytiharan Singapura tidak boleh kuat kuasa undang-undangnya terhadap warga Malaysia kerana ia di luar wilayah kuasanya.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Dalam Negeri Singapura K Shanmugam. Gambar: AFP
Menteri Dalam Negeri Singapura K Shanmugam. Gambar: AFP

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan saman oleh Lawyers for Liberty (LFL) terhadap kerajaan Singapura berhubung percubaan untuk menguatkuasakan undang-undang zalim berkait internet terhadap kumpulan hak asasi Malaysia itu.

Panel tiga hakim hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2020 yang membatalkan saman LFL terhadap Menteri Dalam Negeri Singapura K Shanmugam, sekali gus memberi laluan untuk prosidingnya didengar di Malaysia.

Saman LFL tersebut adalah berkait arahan membetulkan kenyataannya oleh Singapura di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi  Dalam Talian (Pofma) selepas LFL menyiarkan butiran mengejutkan mengenai banduan-banduan yang dihukum mati dengan cara kejam dan menyalahi undang-undang di Penjara Changi Singapura.

Shanmugam mengeluarkan arahan supaya LFL meminda kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya di mana kumpulan hak asasi itu menyifatkannya sebagai tindakan “keterlaluan” oleh menteri Singapura tersebut.

"Singapura tidak ada urusan untuk masuk campur dengan kebebasan bersuara oleh warga Malaysia yang membuat kenyataan dalam negara kami,”

LFL kemudiannya memfailkan saman sivil terhadap Shanmugam, namun gagal selepas ia dibatalkan.

Saman tersebut memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Singapura tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undangnya terhadap LFL.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini juga turut menyebabkan Shanmugam perlu hadir ke mahkamah Malaysia untuk menentang saman tersebut.

Panel hakim yang mendengar kes hari ini adalah Yaacob Sam, Vazeer Alam Mydin and Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sementara LFL diwakili Gurdial Singh, Latheefa Koya, Shahid Adli dan Abraham Au, sementara Suzana Atan bertindak sebagai peguam bela kerajaan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.