Doktor, jururawat Indonesia bantah cadangan pindaan undang-undang penjagaan kesihatan
Sekurang-kurangnya lima kesatuan melahirkan kebimbangan dengan alasan ia mungkin memberi kesan buruk kepada pekerja dalam sektor kesihatan.
Perubahan dasar, undang-undang perlu dapatkan input pelbagai pihak, kata TPM
Fadillah Yusof berkata kerajaan hanya akan buat keputusan selepas ambil kira hasil daripada sesi libat urus pelbagai pihak.
Mahkamah Luxembourg benar Malaysia ketepi perintah penahanan 'waris' kumpulan Sulu
Perintah penahanan pada 11 Julai 2022 yang diketepikan itu dimohon berasaskan dua award timbang tara dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah.
Tegur jika ada pelanggaran undang-undang, kata Anwar kepada penjawat awam
Anwar berkata, teguran tersebut turut membabitkan dirinya yang kini memegang portfolio menteri kewangan.
Mahkamah benar Anwar dapatkan salinan perbualan WhatsApp dengan bekas pembantu
Pesuruhjaya kehakiman John Lee Kien How membenarkan permohonan Anwar semasa prosiding dalam talian selepas mendapati ia mempunyai merit dalam penentuan kes saman itu.
Kerajaan teliti hukuman gantian bagi mati mandatori
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ramkarpal Singh berkata syor jawatankuasa khas, sesi libat urus agensi kerajaan berkaitan serta pihak organisasi masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan akan dikaji.
Ketua hakim negara pernah terima ancaman bunuh semasa kendalikan kes
Tengku Maimun Tuan Mat berkata kebiasaannya dalam setiap kes mahkamah yang telah diputuskan, akan ada pihak yang berpuas hati dan sebaliknya.
Rayuan sabitan kes rasuah hibrid solar Rosmah 11 Julai
Pihak-pihak dalam rayuan itu diarahkan untuk memfailkan penghujahan masing-masing pada 9 Jun dan penghujahan balas pada 23 Jun.
Shafee yakin dengan petisyen Najib kepada badan PBB
Peguam berkata petisyen yang dihantar oleh Najib Razak berbeza dengan petisyen yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim pada 2015.
Najib rayu keputusan mahkamah batal saman terhadap Tommy Thomas
Rayuan terhadap keputusan mahkamah itu difailkan pada 22 Disember lalu dan turut disahkan oleh peguam mewakili bekas peguam negara.
Mahkamah dengar rayuan remaja kes bunuh 23 pelajar tahfiz Mac depan
Peguam yang mewakili remaja itu berkata rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja akan didengar pada tarikh yang sama.
Sosma boleh disalahgunakan, Kit Siang ingatkan kerajaan Anwar
Veteran DAP itu menggesa kerajaan untuk meneruskan proses yang telah dimulakan kerajaan sebelum ini dalam usaha meminda undang-undang kontroversi yang memberi kuasa luas kepada polis.