Friday, November 6, 2020

Pendedahan: Kisah di sebalik surat Zahid kepada Agong

Mesyuarat panas, pemimpin Umno terkejut dengan permintaan presiden agar memecat pemimpin partinya daripada Kabinet.

Other News

1,755 kes baru Covid-19, 726 dilaporkan pulih

Angka keseluruhan Covid-19 kini berjumlah 38,189 kes.

Record 1,755 cases, majority in Sabah

736 recoveries and two more deaths.

Sabah, Sarawak terima peruntukan paling tinggi dalam Belanjawan 2021

6 negeri mendapat peruntukan melebihi 30% daripada keseluruhan Belanjawan 2021.

Govt okays EPF Account 1 withdrawals up to RM6,000

Withdrawals can be made for a year at RM500 a month.

Pelepasan cukai rakyat diperluaskan dalam Belanjawan 2021

Semua pelepasan cukai dinaikkan bagi memenuhi semua keperluan sehingga RM3,000.

Surat Ahmad Zahid Hamidi kepada Agong, yang mana presiden Umno itu menzahirkan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri, dihantar 48 jam selepas pertemuan bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut siasatan dilakukan MalaysiaNow.

Terdapat pertemuan panas di rumah Muhyiddin dan menteri-menteri mengatakan mereka terkejut, dan konfrontasi antara perdana menteri dan Zahid di mana presiden Umno itu menuntut sebahagian daripada pemimpin partinya disingkirkan daripada Kabinet.

Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas presiden Umno, Najib Razak dihantar menjelang panggilan mengadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Akan tetapi dua hari sebelum itu, Zahid bertemu Muhyiddin di kediamannya di Bukit Damansara.

Dalam pertemuan itu, Zahid memberikan komitmen sokongan Umno kepada perdana menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin.

Sumber dalaman yang mendedahkan mengenai pertemuan itu kepada MalaysiaNow berkata, bukan itu sahaja, Zahid turut menawarkan Bersatu pimpinan Muhyiddin untuk menjadi ahli ketiga Muafakat Nasional.

Muafakat Nasional adalah piagam yang ditandatangani Umno dan PAS ketika mereka masih pembangkang, sebagai langkah dua parti teras Melayu itu untuk merasmikan kerjasama selepas bermusuh selama berdekad-dekad.

“Tetapi 48 jam kemudian, Najib dan Zahid menghantar surat ke Istana Negara menzahirkan sokongan mereka kepada Anwar untuk menggantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri,” kata sumber dalaman itu kepada MalaysiaNow

Beliau menambah surat itu disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli Majlis Tertinggi Umno.

“Tiada seorang pun tahu mengenai surat itu, kecuali mereka berdua, Zahid dan Najib.”



Beliau menambah surat itu disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli Majlis Tertinggi Umno.

Menteri Umno terkejut

Bagaimana surat ke Istana Negara yang dihantar secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa terbocor kepada umum?

Dua hari selepas itu pada 15 Oktober, wakil daripada Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat Zahid.

“Malam itu juga, PM memanggil semua menteri Umno ke rumahnya dan mendedahkan kepada mereka surat sokongan kepada Anwar dari Zahid dan Najib.”

Dalam pertemuan itu, menteri-menteri Umno membangkitkan empat tuntutan kepada Muhyiddin, mengatakan mereka diberikan tekanan daripada akar umbi parti.

“Mereka berkata Umno tidak diberikan kedudukan setimpal dalam kerajaan Perikatan Nasional,” kata seorang pembantu menteri yang tahu mengenai pertemuan itu kepada MalaysiaNow.

“Ketika itu menteri-menteri Umno yang hadir terkejut dan mengatakan mereka tidak pernah menyokong Anwar. Mereka berjanji akan membawa perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi.”

Keesokan harinya, perincian surat itu didedahkan kepada MalaysiaNow. Tidak berapa lama selepas itu salinan dikatakan surat itu tersebar di media sosial.

Sementara itu, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk membincangkan berkenaan surat itu ditangguhkan sebanyak tiga kali.

“Ketika ini, Zahid sedar menteri-menteri Umno sudah tahu mengenai suratnya,” kata sumber itu.

Keesokan harinya, perincian surat itu didedahkan kepada MalaysiaNow. Tidak berapa lama selepas itu salinan dikatakan surat itu tersebar di media sosial.

Zahid mahu menteri Umno dipecat

Pada 17 Oktober, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengadakan pertemuan dengan Zahid dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membincangkan tentang Muafakat Nasional.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Ahmad Maslan, Takiyuddin Hassan dan Hamzah Zainuddin, ketiga-tiganya merupakan setiausaha agung Umno, PAS dan Bersatu.

Pada akhir perbincangan, Muhyiddin bertanyakan Zahid mengenai surat sokongannya kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara.

“Bila PM hendak menunjukkan surat itu, Zahid kata ‘tak mau surat itu dibawa keluar’.”

Seorang pegawai Muhyiddin kemudiannya menyerahkan surat itu kepada Hamzah yang kemudiannya memberikannya kepada presiden PAS.

“Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat.”

Zahid kemudiannya menuntut dilantik sebagai timbalan perdana menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin Umno yang perlu digugurkan daripada Kabinet.

Ini termasuklah Menteri Luar Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Sadique.

Zahid menuntut Muhyiddin agar memecat keempat-empat menteri Umno ini daripada Kabinet.

Tuntutan Zahid itu “memanaskan” lagi pertemuan itu.

Zahid kemudiannya menuntut dilantik sebagai timbalan perdana menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin Umno yang perlu digugurkan daripada Kabinet.

‘Apa yang sebenarnya awak mahu?’

Muhyiddin kemudiannya mempersoalkan Zahid tentang niatnya dan apa yang dimahukan.

“Zahid jawab perdana menteri mungkir janji,” kata sumber dalaman itu.

“Muhyiddin kemudian berkata tidak pernah menjanjikan apa-apa. Zahid kemudian berkata, apabila Umno menyokong Bersatu untuk menubuhkan kerajaan, ia adalah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi PM dan bukannya Muhyiddin.

“Muhyiddin tanya lagi apa lagi yang Zahid tidak puas hati. Zahid kata dia sebagai presiden Umno tidak dilantik menjadi timbalan perdana menteri.”

Pada ketika ini Hamzah menyampuk: “Is it about your case? (Adakah disebabkan kes kamu?).”

Zahid mengatakan “tidak”.

“Jadi apa?” Hamzah bertanya lagi.

“Saya malu nak bagi tahu tapi banyak perkara yang tak betul,” kata Zahid.

Muhyiddin kemudian memberitahu Zahid beliau tidak mencampuri urusan mahkamah.

“Katanya, sebagai kawan dia doakan Zahid akan didapati tak bersalah oleh mahkamah.”

Zahid berdepan dengan 47 pertuduhan melibatkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana kepada yayasan miliknya, Yayasan Akalbudi.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pandemic highlights need for personal financial planning

Survey shows Malaysians' financial habits are unchanged despite the pandemic which has underscored the need for financial literacy.

Pandemic-driven budget may be biggest yet despite cuts for ‘non-essential’ ministries and sectors

Government assistance and subsidies are expected to increase, along with expenditure on health.

Speaker rubbishes claim that limit on MPs designed to stop them from voting

Azhar Harun says ample notice will be given so that all MPs can be available for voting.

Poverty, Malaysia’s million-dollar problem

The government should uplift incomes and economic opportunities for disadvantaged groups, say experts.

How the Covid-19 lockdown brought out environmental awareness in people

What decades of public awareness campaigns on protecting the environment failed to do was achieved in just a few months.