Saturday, October 24, 2020

Kerja sebenar menteri adalah di meja pejabat

Ini kerana pegawai kerajaan menunggu keputusan dibuat ahli politik sebelum sesuatu pelaksanaan dijalankan.

Other News

Zuraida minta Anwar cermin diri sendiri

Apa yang Anwar lakukan menimbulkan persoalan serius mengenai kebolehannya.

Zuraida tells Anwar to self-reflect, drop ‘petty ambition’

The former PKR women's chief says Anwar's lack of details on his claim of having majority support raises questions concerning his fitness for the job.

PM bertemu Agong lebih dua jam di Kuantan

Kenderaan yang membawa Muhyiddin meninggalkan istana kira-kira pukul 7.10 malam.

Tindakan diktator, kata Anwar kepada Muhyiddin

Darurat hanya dilakukan bila terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

It’s dictatorship, says Anwar as health emergency looms

He accuses the government of 'resorting to undemocratic means to stay in power'.

Tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, sama ada kekal Perikatan Nasional (PN) atau kembali pada Pakatan Harapan (PH), malah Barisan Nasional (BN) sekalipun, kerja sebenar seorang menteri dan perdana menteri adalah di meja pejabatnya.

Ahli politik yang menyandang jawatan awam dilihat mempunyai banya kerja yang berkaitan dengan majlis-majlis orang ramai.

Merasmikan acara, menyampaikan sijil, berucap, bertemu dengan orang ramai dan menghadiri jamuan. Tetapi itu bukan pekerjaan sebenar.

Pekerjaan menteri dan perdana menteri seperti juga eksekutif yang lain ialah menyelesaikan masalah, merancang serta melaksanakan rancangan bagi mencapai matlamat.

Kesemuanya dilakukan di atas meja pejabat dengan fail masuk dan keluar.

Gambaran seorang perdana menteri bekerja adalah seperti apa yang sering dilihat daripada meja Dr Mahathir Mohamad yang penuh dengan kertas, dokumen dan fail masuk serta keluar.

Setiap kali pergi mewawancara beliau dahulu, kegemaran penulis adalah memerhati begitu banyak pekerjaan beliau yang perlu diselesaikannya.

Seseorang menteri mempunyai banyak peranan. Sebagai ahli politik, dia mempunyai kewajipan terhadaap kawasan pilihan rayanya, partinya dan para penyokongnya.

Tetapi apabila menyandang jawatan awam, dia mempunyai tugas di kementeriannya. Bermesyuarat dan mengadakan rundingan, serta mendengar taklimat, menyertai persidangan dan mengadakan lawatan di dalam dan luar negara.

Tetapi pergerakan cepat sesebuah fail di pejabatnya itu amat penting kerana ia boleh menjejaskan keperluan rakyat yang sedang menunggu kelulusan atau keputusan penyandang jawatan awam itu.

Setiap fail memerlukan keputusan ahli politik. Kemudian ia baru masuk ke dalam jentera kerajaan untuk pelaksanaan.

Beberapa tahun dahulu ada seorang pemimpin penting yang mempunyai reputasi tidak gemar meniliti fail hinggakan banyak keputusan tertangguh.

Maka ketika penulis mengunjungi beliau untuk wawancara, ternyata benar fail masuknya meninggi tidak terusik.

Sememangnya ia bukanlah bukti kerjanya tertangguh, tetapi dijangkakan bahawa sikapnya itu menyusahkan rakyat hingga menjadi bualan awam.

Tahun ini pasti menyaksikan banyak kerja kerajaan tergendala secara besar-besaran dan kesan pada rakyat amat besar.

Perubahan kerajaan yang mengejutkan menjejaskan perjalanan fail-fail di pejabat menteri.

Perubahan menteri dan kementerian sendiri yang dipecah-pecahkan tentu menambah kelewatan.

Wabak Covid-19 beserta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengambil banyak masa juga menjejaskan produktiviti negara termasuk urusan kerajaan.

Berapa banyak kali para ahli politik dan penyandang jawatan awam yang tidak masuk pejabat pada tahun ini?

Ini belum lagi dikira kegiatan politik yang mereka lakukan dan tiada kena mengena dengan tugas hakiki untuk kementerian mereka.

Sememangnya semua orang terutamanya para pemimpin mempunyai gaya kerja mereka masing-masing yang berbeza. Tidak semua orang boleh bekerja seperti Mahathir.

Begitu juga, Anwar Ibrahim mempunyai cara kerja berlainan. Apa yang penting adalah keberkesanan, bukannya gaya. Tetapi fail di pejabat itu mesti bergerak juga.

Budaya kerja ahli politik yang menyandang jawatan di Malaysia mempunyai tradisi dari Perikatan sejak mula negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Dari situlah amalan itu berkembang dengan pengalaman menteri dahulu diturunkan dari Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan seterusnya.

Pengalaman sebagai setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri menjadikan ahli politik BN biasa dengan kerja-kerja jawatan awam ini.

Apabila BN kalah dalam pilihan raya umum tahun 2018, tradisi ini terputus.

Ahli-ahli politik PH yang tidak pernah menyandang jawatan awam sebelum ini mempunyai azam yang tinggi untuk menjadi kerajaan yang bersih, cekap dan amanah, jauh lebih baik daripada sebelum ini.

Itulah antara sebab mereka menjadi pembangkang dahulu.

Sememangnya dalam PH ketika itu terdapat ahli-ahli politik yang dahulunya adalah daripada BN.

Mereka berpengalaman dan mudah sahaja meneruskan pentadbiran walaupun dengan keadaan berbeza, mungkin lebih baik lagi berbanding semasa BN.

Pegawai-pegawai kerajaan juga lebih selesa bekerja dengan ahli politik Bersatu yang dahulunya Umno.

Dalam kalangan ahli politik PH bukan bekas Umno yang pernah menjadi penyandang jawatan awam di negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor, mereka juga mungkin tidak sukar untuk bekerja di peringkat persekutuan.

Mereka yang sukar adalah ahli-ahli politik yang bukan saja tidak berpengalaman menyandang jawatan awam tetapi dalam hidupnya sudah lama tidak bekerja di pejabat.

Selama berpuluh tahun menjadi aktivis pembangkang yang berceramah dan membela orang ramai, mereka mungkin tidak pernah duduk di pejabat.

Sudah tentu apabila menjadi penyandang jawatan awam, terdapat rasa kekok dan ia juga menyukarkan pegawai kerajaan yang berkhidmat untuknya.

Namun mereka mungkin boleh menyesuaikan diri dengan cepat.

Tetapi apa yang hendak ditekankan di sini ialah kepentingan kerja-kerja di pejabat, meneliti dokumen, memperoleh nasihat yang berguna dan membuat keputusan yang betul.

Jika tidak, kepimpinan politik itu akan dibayangi oleh perkhidmatan awam.

Sudah tentu apabila menjadi penyandang jawatan awam, terdapat rasa kekok dan ia juga menyukarkan pegawai kerajaan yang berkhidmat untuknya.

Di sinilah soal pendidikan dan kemahiran ahli politik adalah penting, bukan saja dalam memperoleh penyokong dan undi rakyat.

Kemampuannya memimpin dan mentadbir akan diuji apabila menjadi menteri.

Persediaan ini tidak boleh dipandang remeh. Menjadi aktivis parti adalah hanya satu sisi politik. Tetapi kemampuan menyandang jawatan awam menuntut kemahiran yang bertahap lebih tinggi.

Siapakah yang patut melatih mereka? Tentulah parti masing-masing.

Parti-parti besar yang lama seperti Umno, PAS dan DAP mungkin menyediakan kursus-kursus bagi aktivis mereka menjadi ahli politik dan seterusnya bakal penyandang jawatan awam.

Begitu juga PKR yang sudah lama aktif juga mempunyai kaedah pengkaderan mereka.

Tetapi melihat perpecahan besar yang berlaku dalam parti itu, ternyata ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

Sebagai parti baru, Amanah dan Bersatu mungkin tidak bersedia untuk melatih aktivis walaupun mereka berpengalaman dalam parti lama iaitu PAS dan Umno.

Perubahan kerajaaan di tengah penggal pada tahun ini menimbulkan ketidakstabilaan yang bukan saja menjejaskan keyakinan rakyat pada ahli politik tetapi juga mengganggu urusan kerja awam daripada soal ekonomi hinggalah pentadbiran biasa, ditambah pula dengan ancaman Covid-19 dan PKP.

Sebaik saja kerajaan PN mengambil alih, pihak PH menyusun langkah dalam usaha mereka untuk menggembalikan mandat rakyat.

Walaupun mereka tidak berjaya tetapi usaha ini mengganggu tumpuan ahli politik semua parti.

Selama tujuh bulan, satu demi satu kerajaan negeri PH diambil alih, dengan kemuncaknya ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menyaksikan ramai ahli politik, daripada pelbagai parti pergi berkempen.

Semua kegiatan politik tentu menarik perhatian rakyat kerana timbul persoalan adakah apa yang mereka tumpukan itu tidak menjejaskan kerja hakiki sebagai menteri dan jawatan awam yang lain.

Lebih-ebih lagi apabila kesan sampingan daripada PRN itu adalah penularan virus Covid-19 dari Sabah ke semenanjung.

Ekoran daripada itu dikenakan pula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merupakan nadi kepada negara.

Maka didapati banyak pejabat kerajaan tidak beroperasi dan dapat dibayangkan betapa tergendalanya urusan yang memberi kesan besar pada rakyat.

Dalam pada itu, pergolakan politik terus berlangsung dan pastinya fail-fail yang masuk di pejabat-pejabat ahli politik itu masih tidak dapat bergerak ke mana-mana.

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Zuraida tells Anwar to self-reflect, drop ‘petty ambition’

The former PKR women's chief says Anwar's lack of details on his claim of having majority support raises questions concerning his fitness for the job.

It’s dictatorship, says Anwar as health emergency looms

He accuses the government of 'resorting to undemocratic means to stay in power'.

Hishammuddin appointed BN treasurer

The 'small reshuffle' was carried out following a discussion with BN component party leaders, says chairman Zahid Hamidi.

Hishammuddin dilantik bendahari BN

Pelantikan dibuat selepas berunding dengan presiden-presiden parti komponen dalam BN.

Muhyiddin meniti di jambatan rapuh?

Mampukah Muhyiddin membaiki jambatannya bagi menghadapi kemelut politik negara.