Pembangkang masih tercari rentak, sedang BN sudah menari rancak
Pembangkang perlu segera menentukan kata muafakat dalam usaha menentang Umno dan Barisan Nasional.
Pemimpin nombor 2 Amanah sanggah presiden berhubung rundingan bersama Bersatu, PAS
Salahuddin Ayub berkata rundingan bersama antara Pakatan Harapan, Bersatu dan PAS perlu dibuat lebih awal.
Pemimpin Amanah tidak puas hati karya seni dibeli Sultan Selangor, dakwa langgar adab Islam
Mujahid Yusof Rawa berkata satira harus selari dengan adab seorang Muslim.
Dua parti PH setuju tidak bertembung dengan parti Syed Saddiq pada PRN Johor
Ketiga-tiga parti itu akan bekerjasama sebagai rakan strategik pada PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac depan.
Orang kuat Amanah rayu Agong isytihar darurat tangguh PRN Johor
Rayuan Mazlan supaya Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat seakan tidak senada dengan pemimpin PH yang sebelum ini sering mendesak supaya darurat ditamatkan.
Pemimpin Amanah dikecam muat naik gambar ‘bercuti’ di Iran ketika kawasan Parlimen dilanda banjir
Ramai menggesa supaya naib presiden Amanah itu pulang ke segera dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.
Lebih relevan jika Amanah bergabung dengan DAP, kata penganalisis
Mereka berkata gabungan itu dapat 'mencairkan' kebimbangan orang Melayu terhadap parti majoriti Cina itu.
PH putuskan tidak guna logo sama pada PRN Sarawak
Setiap parti akan bertanding logo sendiri.
PH umum tanding semua kerusi PRN Sarawak
Calon bagi kesemua 82 kerusi DUN Sarawak akan diumumkan kemudian.
Rafizi kecam Amanah kerana mahu terima ‘katak’ menjelang PRN Melaka
Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata Amanah mesti meyakinkan penyokong Pakatan Harapan bahawa langkah tersebut akan membantu gabungan itu memenangi PRN.
Amanah akan ketuai kempen PH di Melaka
Gabungan itu berharap kempen bersemuka dengan pengundi dibenarkan.
Bekas menteri Wilayah Persekutuan sokong pemaju dapatkan tanah KL
Sokongan Khalid terhadap pemaju itu dilihat bercanggah dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan yang tidak membenarkan amalan surat sokongan menteri dan bahkan tandatangannya digunakan.