Argentina kembali ungguli ranking pertama Fifa selepas 6 tahun
Argentina yang diketuai Lionel Messi memenangi Piala Dunia Fifa 2022 di Qatar pada Disember lalu.
Terkini
Argentina kembali mengungguli Ranking Dunia Lelaki Fifa buat pertama kali sejak 2017, menurut badan induk bola sepak dunia itu yang mengumumkan kedudukan terkini pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Argentina yang diketuai Lionel Messi memenangi Piala Dunia Fifa 2022 di Qatar pada Disember.
Digelar La Albiceleste (The White and Sky Blue), Argentina sebelum ini mendahului ranking FIFA pada Mac 2017.
Argentina memperoleh 1,840.93 mata, diikuti Perancis dengan 1,838.45 mata.
Brazil berada di tempat ketiga dengan 1,834.21 mata.
Kedudukan Dunia FIFA seterusnya akan diterbitkan pada 20 Julai.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.