- Iklan -
Dunia

Saudi Aramco pecah rekod untung bersih pada suku kedua 2020

Keuntungan yang meningkat sebanyak 90% kepada AS$48.4 bilion mencerminkan peningkatan permintaan produk syarikat itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki melihat papan bursa di Riyadh memaparkan saham Aramco pada hari kedua dagangan pada 12 Disember 2019. Gambar: AFP
Seorang lelaki melihat papan bursa di Riyadh memaparkan saham Aramco pada hari kedua dagangan pada 12 Disember 2019. Gambar: AFP

Syarikat minyak gergasi Saudi Aramco pada Ahad mengumumkan keuntungan bersih pada suku kedua meningkat 90% tahun ke tahun kepada AS$48.4 bilion, catatan rekod suku tahunan baru bagi syarikat itu sejak tawaran awam dibuka pada 2019, lapor Xinhua.

Harga minyak semakin meningkat, jumlah penjualan dan margin penapisan, pendapatan bersih untuk setengah tahun Aramco juga mencapai paras tertinggi iaitu AS$87.9 bilion, meningkat daripada AS$47.2 bilion pada tahun sebelumnya, menurut laporan kewangan yang dikeluarkan syarikat itu.

Syarikat itu memaklumkan dividen sebanyak AS$18.8 bilion akan dibayar pada suku ketiga, lapor Agensi Akhbar Saudi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aramco Amin H Nasser berkata keuntungan yang direkodkan pada suku kedua mencerminkan peningkatan permintaan produk syarikat.

Walaupun berdepan tekanan ekonomi yang merudum berdasarkan ramalan global jangka pendek, Nasser berkata permintaan untuk minyak dijangka terus meningkat sepanjang dekad ini.