- Iklan -
Wacana

Bukan lagi kronisme, bahkan nepotisme

Hujah yang diguna pakai untuk merelakan nepotisme ini langsung tidak munasabah.

Wan Muhammad Zuhir Ghazali
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar. Gambar: Bernama
Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar. Gambar: Bernama

Sejak 3 Januari, rupa-rupanya Nurul Izzah Anwar sudah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi kepada perdana menteri ke-10.

Namun sehingga kelmarin, barulah pelantikan ini diwar-warkan kepada khalayak. Ertinya, sudah hampir sebulan ianya disorok daripada umum.

Yang menjadi polemik, berlakunya konflik kepentingan dalam pelantikan tersebut atau dalam istilah lain; Nepotisme. 

Nurul Izzah Anwar yang merupakan anak perempuan kepada Anwar Ibrahim, ditonjolkan ke posisi tersebut. 

Hujah yang menjadi sandaran di sini, Nurul Izzah mempunyai merit yang cukup dan beliau tidak mengambil elaun.

Umnosiswa Malaysia menegaskan, hujah yang diguna pakai untuk merelakan nepotisme ini langsung tidak munasabah.

Kami menggesa perdana menteri supaya sekali lagi “walk the talk” untuk memastikan Malaysia mengamalkan ‘good governance’. 

Prinsip tata kelola yang baik bukan sahaja melalui slogan bahkan melalui teladan yang ditampilkan.

Wan Muhammad Zuhir Ghazali adalah presiden Mahasiswa Umno Malaysia.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow