Rakyat Malaysia 22 tahun ditahan bersama lebih 4.7kg heroin di Woodlands
Pihak berkuasa Singapura berkata bahawa jumlah heroin yang dirampas itu cukup untuk kegunaan kira-kira 2,240 penagih selama seminggu.
Terkini
Pihak berkuasa Singapura menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 4.7 kilogram (kg) heroin dalam sebuah kereta yang didaftarkan di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 5 Ogos 2003.
Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 22 tahun yang menaiki kereta terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.
Kenyataan bertarikh 8 Ogos yang disiarkan di laman sesawang ICA menjelaskan, pegawai menjumpai beg kanvas dalam but kereta ketika melakukan pemeriksaan ke atas kereta itu.
“Bungkusan dipercayai dadah ditemui dan pegawai CNB segera dimaklumkan mengenai penemuan itu. 10 bungkusan mengandungi heroin dengan berat keseluruhan kira-kira 4,723g ditemui di dalam beg berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Nilai rampasan 4,723g heroin dianggarkan berjumlah lebih S$331,400, cukup untuk kegunaan kira-kira 2,240 penagih selama seminggu.
“Siasatan mengenai kejadian masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.