- Iklan -
Berita

Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di 4 negeri, menurut MetMalaysia

Hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di beberapa negeri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa warga kota dilihat berlari dalam hujan lebat di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Beberapa warga kota dilihat berlari dalam hujan lebat di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di  Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Bera, Pekan dan Rompin manakala tahap buruk di kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan sehingga 2 Mac ini.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap wasapada dijangka berlaku di Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya manakala di Perak membabitkan lokasi Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. 

Sementara itu, di Pahang pula meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub manakala Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga hari ini.

WhatsApp Image 2023-03-01 at 09.56.03