- Iklan -
Luar Sana

Gempa bumi kuat landa Selatan Sumatera

Gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km)  Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail menunjukkan rumah penduduk ranap akibat susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi, Indonesia pada 26 September 2019. Gempa bumi sering berlaku kerana negara itu terletak di Lingkaran Api Pasifik. Gambar: Reuters

Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 4 pagi ini. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km)  Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km. 

"Gegaran dirasai di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, gempa tersebut tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pihak MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu supaya mengisi borang soal selidik disediakan menerusi pautan https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.