- Iklan -
Luar Sana

Angka kematian akibat gempa bumi Maghribi cecah 2,800 nyawa

Kerosakan besar akibat gempa bumi itu dilaporkan di Marrakech, tapak Warisan Dunia Unesco.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pandangan umum kerosakan akibat gempa bumi yang mengorbankan ribuan penduduk, di Adassil, Maghribi, 11 September. Gambar: Reuters
Pandangan umum kerosakan akibat gempa bumi yang mengorbankan ribuan penduduk, di Adassil, Maghribi, 11 September. Gambar: Reuters

Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Maghribi meningkat kepada 2,854 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan seramai 2,562 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi pada lewat Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) , pusat gempa pada kedalaman 18.5 kilometer,  iaitu 75 kilometer (46.6 batu) barat daya Marrakech.

Kerosakan besar akibat gempa bumi itu dilaporkan di Marrakech, tapak Warisan Dunia Unesco.

Pasukan penyelamat pada Isnin terus giat mengesan mangsa hilang yang terperangkap di bawah runtuhan.

Beberapa pasukan penyelamat asing telah pun tiba di negara ini untuk menyertai usaha menyelamat.

Maghribi setakat ini telah menerima tawaran bantuan daripada Sepanyol, UK, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Pada hari Ahad, kerajaan Maghribi melancarkan akaun khas dengan perbendaharaan dan Bank Maghribi bagi menerima sumbangan untuk mangsa gempa.