- Iklan -
Berita

Gempa bumi kuat landa Maghribi, lebih 800 mangsa maut

Kebanyakan kematian dikatakan berada di kawasan pergunungan yang sukar dijangkau.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pandangan umum kerosakan di bandar bersejarah Marrakech, susulan gempa bumi kuat melanda Maghribi, 9 September. Gambar: Reuters
Pandangan umum kerosakan di bandar bersejarah Marrakech, susulan gempa bumi kuat melanda Maghribi, 9 September. Gambar: Reuters

Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Maghribi lewat Jumaat, memusnahkan bangunan dan menyebabkan penduduk bergegas keluar dari rumah untuk menyelamatkan nyawa.

“Gempa bumi melanda ketika saya sedang menonton televisyen.

"Tingkap terbuka dan tertutup sendiri. Saya berasa takut dan berlari keluar dari rumah," Aziz Aishi, seorang penduduk di ibu kota Rabat, memberitahu Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya 820 orang maut manakala 672 yang lain cedera setakat ini, menurut Kementerian Dalam Negeri Maghribi.

Kematian akibat gempa bumi berlaku di pelbagai wilayah, termasuk Al Haouz dan Marrakesh, serta bandar Ouarzazate, Azilal, Chichaoua dan Taroudant, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Gempa bumi itu adalah gegaran paling kuat yang melanda negara Afrika Utara itu sejak abad lalu, menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi.

Media tempatan melaporkan beberapa bangunan, termasuk tembok merah terkenal yang mengelilingi bandar lama dan tersenarai antara Warisan Dunia Unesco, telah rosak.

Pada 2004, lebih 600 orang terbunuh dan ramai lagi cedera apabila gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda timur laut Maghribi.

Gegaran dilaporkan turut dirasai di selatan Sepanyol dan Portugal.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi