- Iklan -
Berita

Gempa bumi kuat landa Mindoro, Filipina

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengosongkan bangunan ibu pejabat polis di Manila pada 15 Jun, selepas gempa bumi melanda Filipina. Gambar: AFP
Orang ramai mengosongkan bangunan ibu pejabat polis di Manila pada 15 Jun, selepas gempa bumi melanda Filipina. Gambar: AFP

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina pada 10.19 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 45 kilometer (km) barat dari Batangas City, Filipina dengan kedalaman 121km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.