- Iklan -
Luar Sana

Hujan lebat cetus banjir di Itali

Banjir berlaku di seluruh wilayah Emilia-Romagna, manakala jalan raya di bandar Cesena turut dinaiki air.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan penyelamat membawa orang ramai ke tempat tinggi sewaktu operasi menyelamat, di Forli, Itali selepas banjir melanda wilayah Emilia-Romagna, utara negara itu, 17 Mei. Gambar: Reuters
Pasukan penyelamat membawa orang ramai ke tempat tinggi sewaktu operasi menyelamat, di Forli, Itali selepas banjir melanda wilayah Emilia-Romagna, utara negara itu, 17 Mei. Gambar: Reuters

Hujan lebat melanda utara Itali pada Rabu mengakibatkan kejadian banjir dan Sungai Savio melimpah, lapor Agensi Anadolu.

Banjir berlaku di seluruh wilayah Emilia-Romagna, manakala jalan raya di bandar Cesena turut dinaiki air, menurut laporan media tempatan.

Banjir turut menjejaskan bandar Rimini, sementara terowong di kawasan Riccione turut ditenggelami air.

Sementara itu, amaran merah dikeluarkan di wilayah Emilia-Romagna dan amaran oren dikeluarkan di wilayah Marche, Sicily dan Campania.