- Iklan -
Luar Sana

Hong Kong tutup sekolah Susulan amaran hujan lebat

Hujan lebat berlaku ketika bandar itu masih membaiki kerosakan akibat hujan lebat yang dikaitkan dengan taufan Haikui yang melintas berhampiran sejak beberapa hari lalu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan kawasan banjir selepas hujan lebat di Hong Kong, China, 8 September. Gambar: Reuters
Pemandangan kawasan banjir selepas hujan lebat di Hong Kong, China, 8 September. Gambar: Reuters

Hong Kong mengambil langkah menutup sekolah pada Khamis selepas pihak berkuasa mengeluarkan isyarat hujan kedua tertinggi dan memberi amaran tentang banjir besar, hanya beberapa hari selepas hab kewangan Asia itu dilanda hujan paling lebat sejak 140 tahun lalu. 

Jabatan kaji cuaca di bandar itu mengeluarkan isyarat "merah" sebelum 6 pagi waktu tempatan, mengatakan hujan melebihi 50mm dalam sejam akan turun dan berkemungkinan berterusan. 

"Hujan lebat akan membawa banjir kilat dan banjir sedang berlaku atau dijangka berlaku di saluran air," katanya. 

Pasaran saham Hong Kong akan kekal terbuka melainkan isyarat "hitam" tertinggi dikeluarkan. 

Hujan lebat berlaku ketika bandar itu masih membaiki kerosakan akibat hujan lebat yang dikaitkan dengan taufan Haikui yang melintas berhampiran sejak beberapa hari lalu. 

Banyak kawasan di bandar pergunungan itu masih berisiko tinggi mengalami tanah runtuh susulan hujan luar biasa.

Beberapa kawasan di bandar seperti Tsueng Kwan O dan Sai Kung masih bergelut dengan banjir sejak awal minggu ini. 

Sebuah rumah mewah di kawasan mewah Tai Tam yang menghadap lautan diarah dipindahkan pada Sabtu kerana berisiko runtuh. 

Lata air separas pinggang membanjiri jalan-jalan sempit bekas jajahan British itu dan pusat membeli-belah, stesen metro dan terowong yang ditenggelami air, membunuh dua orang dan mencederakan lebih 144 lagi minggu lalu.