- Iklan -
Berita

Hassan Marican ketuai badan penasihat khas menteri kewangan

Kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi ini bertanggungjawab bagi membantu menasihati Anwar Ibrahim selaku menteri kewangan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PKR dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Gambar: Bernama
Presiden PKR dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Anwar berkata kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku menteri kewangan.

Beliau berkata empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng, Profesor Ekonomi Universiti Malaya  Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad Abdul Hamed Sepawi.

Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.