- Iklan -
Berita

PAS gesa Anwar buktikan dakwaan PN terima duit judi, pertimbang tindakan undang-undang

PAS kesal dengan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai sebagai tidak berasas.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan. Gambar: Bernama
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan. Gambar: Bernama

PAS hari ini berkata sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang membayangkan dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) daripada syarikat judi.

Dalam sebuah kenyataan, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas, menggesa supaya beliau memberikan bukti dakwaannya.

“PAS amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

“PAS menuntut perdana menteri PH memberikan bukti nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada. 

“Sekiranya gagal PN akan meneliti suatu tindangan perundangan terhadap pihak yang memfitnah.”

Selepas mesyuarat Kabinet pertama semalam di Putrajaya, Anwar membayangkan wujud dana pilihan raya yang yang bersumber daripada syarikat judi tanpa menamakan parti atau ahli politik tertentu.

“Sudah tentu, wang ini digunakan sebahagiannya untuk mendanai pilihan raya, kita perlu semak perkara itu, tidak kira anda panggil ia parti Melayu atau parti Islam namun wangnya dari syarikat perjudian.”