- Iklan -
Berita

Anwar gesa penjawat awam berikan sokongan kepadanya

Beliau menggesa menteri Kabinet yang akan dibentuknya supaya bekerjasama dengan baik dengan penjawat awam.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap bersama kakitan Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra di Putrajaya hari ini. Gambar: Facebook
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap bersama kakitan Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra di Putrajaya hari ini. Gambar: Facebook

Anwar Ibrahim hari ini menggesa penjawat awam memberikan kerjasama kepadanya, selepas dilantik menjadi perdana menteri pertama dalam tempoh dua dekad, menduduki Putrajaya di mana kebanyakan pengundi perkhidmatan awam tidak mengundi parti kerajaan.

“Pimpinan silih berganti namun penjawat awam kekal dengan maksud mereka mengangkat sistem dan peraturan negara dengan tegak dan hukumnya,” katanya kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Mengimbau kembali pengalamannya sebagai menteri kewangan sebelum dipecat pada 1998, katanya, ketika itu beliau banyak bergantung dengan bantuan perkhidmatan awam.

Anwar juga menggesa bakal menterinya menjalin hubungan kerja yang baik dengan penjawat awam.

“Kalau ada cadangan balas atau teguran (daripada menteri) hanya (dilakukan) setelah dengar pandangan mereka... kepintaran kita, kecekalan kita, minat kita tidak akan sama dengan pengalaman mereka (penjawat awam),” katanya.

Kawasan Putrajaya di mana penjawat awam merupakan populasi terbesarnya dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, selepas lebih dua dekad berada di bawah Tengku Adnan Mansor dari Umno sejak kerusi itu diwujudkan.

Putrajaya yang merupakan kawasan yang mempunyai populasi tinggi penjawat awam telah dimenangi Perikatan Nasional, selepas lebih dua dekad di bawah Tengku Adnan Mansor dari Umno yang memegangnya sejak kerusi itu diwujudkan.

Bekas menteri pendidikan, Radzi Jidin menewaskan bendahari agung Umno itu dengan 2,310 undi, memenangi pertarungan enam penjuru dengan 43.67% undi.

Radzi memperoleh 16,002 undi manakala Tengku Adnan memperoleh 13,692 undi.