- Iklan -
Berita

PN tolak kerjasama dengan PH untuk kerajaan perpaduan

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak bersetuju mengenai cadangan itu dan ia adalah pendirian yang diambil gabungan tersebut.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur hari ini.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau menolak cadangan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Saya diminta menandatangani dokumen kalau kami bersetuju. Saya sign, tapi jawab 'tidak bersetuju'," kata Muhyiddin.

"Itu adalah pendirian yang kami ambil."

Muhyiddin turut menunjukkan bukti rasmi bahawa istana telah menerima 115 akuan berkanun yang dikemukakan beliau hari ini bagi menunjukkan beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Kami yakin sudah boleh bentuk kerajaan tapi maklumlah bila saya mengadap tadi ada yang dikatakan dokumen tak mencukupi. Namun ini buktinya.

“Oleh itu, Tuanku mencadangkan kita bekerjasama dengan dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Namun atas dasar apa pun, kami tidak akan bersetuju."

Petang tadi, Sultan Abdullah menitahkan kedua-dua pemimpin PH dan PN itu mengadap ke istana bagi menyelesaikan kemelut politik negara selepas Parlimen tergantung akibat tiada majoriti jelas dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Kira-kira satu jam selepas itu, baginda menitahkan 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mengadap esok, ketika drama berhubung calon perdana menteri dan penubuhan kerajaan baru masih berterusan.

Istana Negara berkata sesi mengadap itu akan dibuat bermula 10.30 pagi esok.