- Iklan -
Berita

Bukan 'kerajaan PH' jika bergabung dengan BN, kata Anwar

Pengerusi Pakatana Harapan berkata pentadbiran baru yang bakal ditubuhkan adalah di bawah kerajaan gabungan.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar Ibrahim berkata kerajaan baru yang nakal ditubuhkan di bawah pimpinan beliau tidak akan disebut sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PH), beberapa jam selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional dalam usahanya mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Beliau turut memperkecilkan laporan bahawa Perikatan Nasional (PN) telah mencapai sokongan yang lebih dari sekadar cukup daripada ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru, mengatakan kenyataan itu terbatal selepas mesyuarat hari ini.

Beliau berkata hal itu terjadi kerana ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin menganggap kerajaan yang bakal ditubuhkan adalah "kerajaan PH".

Ditanya mengenai Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada PN, Anwar berkata mereka akan mengubah fikiran.

"Dia menolak PH dan DAP mungkin dia ingat DAP government or PH government. Ini secara asasnya adalah kerajaan gabungan," katanya.

Anwar juga berkata beliau percaya Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein akan mengubah pendirian yang sebelum ini tidak menyokong beliau.

"Tiada kerajaan DAP atau PH. Ia adalah kerajaan perpaduan. Jadi saya percaya beliau akan semak semula pandangannya," kata Anwar, selain turut mengingatkan amaran yang dibuat oleh Zahid bahawa ahli Parlimen BN adalah tertakluk dengan perakuan sumpah yang memberi mandat kepada presiden Umno itu untuk menentukan gabungan politik dalam penubuhan kerajaan selepas pilihan raya.

Sementara itu, pemimpin PKR itu turut menjelaskan kewajaran keputusan yang diambil oleh PH, walaupun pemimpin gabungan itu berulang kali menyatakan secara jelas ketika kempen pilihan raya sebelum ini bahawa tidak akan ada kerjasama dengan BN.

"Kami perlu teruskan bagi membentuk kerajaan inklusif. Kami diterima sebagai blok gabungan terbesar dan cukup selesa dari segi jumlah. Tetapi kami masih memerlukan sokongan semua parti.

“Seperti yang kami selalu katakan, kita perlu selamatkan negara,” katanya.