Mohamad Zabidin dilantik pemangku hakim besar Malaya
Jawatan itu kosong selepas persaraan Azahar Mohamed pada 27 Oktober lepas.
Terkini
Hakim Mahkamah Persekutuan Mohamad Zabidin Mohd Diah dilantik sebagai pemangku hakim besar Malaya.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suzarika Sahak, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.
Jawatan hakim besar Malaya kosong selepas persaraan Azahar Mohamed pada 27 Oktober lepas.
Zabidin, 65, dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan pada 4 Februari tahun ini selepas menyandang jawatan hakim Mahkamah Rayuan pada 26 November 2018.
Sebelum itu, beliau menjadi pesuruhjaya kehakiman pada 1 Ogos 2004 dan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2006.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
