- Iklan -
Berita

Siapa sebenarnya pengkhianat? Azmin ceritakan semula 2 ‘langkah’ diatur Anwar

Bekas timbalan presiden PKR itu menyingkap semula Langkah Kajang dan Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Ahmad Mustakim Zulkifli
2 minit bacaan
Kongsi
Lee Chin Cheh dan Danyal Balagopal dipilih sebagai Adun di bawah tiket PKR, namun terpaksa mengosongkan kerusi DUN mereka beberapa bulan kemudian bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim di bawah dua langkah politik kontroversi pada 2014 dan 2018.
Lee Chin Cheh dan Danyal Balagopal dipilih sebagai Adun di bawah tiket PKR, namun terpaksa mengosongkan kerusi DUN mereka beberapa bulan kemudian bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim di bawah dua langkah politik kontroversi pada 2014 dan 2018.

Gelaran pengkhianat yang diberikan Anwar Ibrahim kepada sekumpulan ahli politik PKR yang dipecat pada 2020 dilemparkan semula kepada presiden PKR itu ekoran dua “langkah” yang menggegarkan landskap politik negara. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali menyingkap semula Langkah Kajang yang dicatur oleh Rafizi Ramli pada 2014 bagi membolehkan Anwar Ibrahim menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. 

"Seorang individu masuk dalam pilihan raya secara demokratik dan diangkat menjadi wakil rakyat Kajang. 

"Akhirnya diarahkan oleh individu yang rakus ini yang hendak bertanding, hendak menjadi menteri besar Selangor. 

“Apakah ini bukan pengkhianat mandat rakyat?" katanya dalam ucapan perasmian perasmian bahagian dan pelancaran jentera pilihan raya Bersatu di Shah Alam, Selangor semalam. 

Azmin merujuk kepada bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan secara mengejut pada Januari 2014, kurang setahun daripada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013.

Peletakan jawatan itu memulakan Langkah Kajang yang penuh dengan kontroversi. 

Anwar  sepatutnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagaimanapun hilang kelayakan akibat didapati bersalah atas kesalahan liwat. 

Sultan Selangor yang tidak memberi perkenan tindakan itu menarik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar. 

PPBM03_Mnow_021022

Ia juga tidak mendapat persetujuan Pas yang akhirnya membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat. 

PAS sendiri berpecah sehingga lahirnya parti serpihan, Amanah susulan perpecahan itu.

Anwar meletakkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail namun pencalonan tidak diterima Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Kemelut itu menyaksikan Azmin menjadi menteri besar Selangor setelah Khalid meletakkan jawatan. 

Azmin mendedahkan, beliau menerima arahan daripada kepimpinan parti untuk memecat Ahmad Yunus Hairi yang ketika itu Adun Sijangkang dan exco kerajaan negeri. 

Anwar dan Pakatan Harapan (PH) menggunakan istilah pengkhianat bagi menggambarkan kumpulan Azmin yang dipecat daripada PKR selepas Langkah Sheraton. 

Selain Azmin, pemimpin lain yang terlibat ialah Zuraida Kamaruddin. 

Azmin kekal menyatakan beliau dan rakan-rakan tidak melompat parti, sebaliknya dipecat oleh parti. 

Dalam pada itu, Azmin turut menyelar Langkah Port Dickson yang dibuat juga kurang setahun daripada PRU14 pada 2018 lalu. 

Langkah Port Dickson menyaksikan Anwar menjadi ahli Parlimen selepas penyandangnya, Danyal Balagopal Abdullah juga meletakkan jawatan. 

"Dalam parti kami tidak setuju ada pilihan raya Port Dickson sebab dia (Danyal) menang. Tapi orang yang sama hendak bertanding, hendak jadi perdana menteri.

"Dalam kongres parti, kami dipaksa angkat plakad PM keenam. Tahun satu lagi angkat lagi, PM ketujuh," katanya.

Azmin yang bekas timbalan presiden PKR mendedahkan Anwar ketika perjumpaan Majlis Presiden PH yang berlangsung pada 21 Februari 2020 memaksa perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menentukan tarikh peletakan jawatan yang menjurus kepada pertengkaran. 

"Dia hendak Dr Mahathir letak jawatan selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). Saya bangun dan kata jangan paksa letak jawatan kerana saya tidak mahu Dr Mahathir menjadi 'lame duck prime minister'.

"Maka siapa yang khianat mandat rakyat?"soalnya.