- Iklan -
Berita

SPRM serah kertas siasatan skandal kapal tempur kepada peguam negara

Badan anti rasuah itu berkata ia telah memberikan saranan kepada peguam negara mengenai pendakwaan terhadap beberapa individu yang terlibat.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bangunan ibu pejabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Putrajaya.
Bangunan ibu pejabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Putrajaya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkata pihaknya  sedang menunggu arahan dari peguam negara selepas menyerahkan siasatan lengkap berhubung dakwaan penyelewengan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam sebuah kenyataan, SPRM berkata kertas siasatan lengkap berhubung individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu,”

Isu terbaru mengenai penyelewengan dalam LCS menjadi perbahasan hangat selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 November 2020 mendapati tiada satu pun kapal yang disiapkan. 

Menurut PAC, kontrak projek bernilai bernilai RM6.083 bilion itu diberikan secara rundingan terus kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd di mana lima kapal perlu disiapkan dan diserah bulan ini.

Semalam Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob menggesa SPRM menyegerakan siasatan terhadap skandal itu, mengatakan peguam negara perlu mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata Kementerian Pertahanan juga akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan tersebut.