- Iklan -
Rencana

Nurul Izzah, Azam dan hipokrasi Madani

Usah anggap rakyat terima sahaja alasan tidak masuk akal konon tidak setuju dengan pelantikan semula Azam.

Rafique Rashid
1 minit bacaan
Kongsi

Pada 9 Mei 2025, Nurul Izzah Anewar sah bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR.

Pada 9 Mei, Rafizi Ramli sah bertanding timbalan presiden PKR.

Pada 9 Mei, Saifuddin Nasution sah tidak bertanding timbalan presiden PKR.

Pada 9 Mei, Azam Baki dilantik semula sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pelantikan semula Azam adalah menurut Seksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM [Akta 694] atas nasihat perdana menteri.

Perdana menteri adalah dari parti PKR.

Rafizi dan Nurul Izzah dalam kempen Hiruk dan Temu Rakyat Akar Umbi bersungguh-sungguh nyatakan tidak selesa dengan pelantikan semula Azam.

Jangan anggap rakyat semua seperti akar umbi PKR. Rakyat lihat bagaimana SPRM diperguna sebagai aparat terhadap lawan kerajaan.

Rakyat juga lihat bagaimana dulu mereka dalam PKR dan Pakatan Harapan hendak "Tangkap Azam Baki".

Yang hendak "Tangkap Azam Baki" sekarang ramai dalam Kabinet Madani.

Kalau begitu selayaknya mereka semua hendaklah meletak jawatan atas prinsip doktrin collective responsibility.

Usah anggap rakyat terima sahaja alasan tidak masuk akal konon tidak setuju dengan pelantikan semula Azam. Seeloknya, penasihat PKR, iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada perdana menteri dan isteri kepada Presiden PKR dan ibu kepada calon timbalan presiden PKR memberi nasihat agar Azam tidak dilantik semula. 

Anwar pernah bilang ini zaman edan. Ya, Madani adalah zaman edan.

Pada zaman empayar Rom, pembesar dan penguasa akan anjur pertandingan gladiator sebagai hiburan untuk biar rakyat alpa dan lupa. Begitulah juga pertandingan dalam PKR.

Zaman parti kelentong rakyat.

Rafique Rashid ialah peguam dan ketua penerangan Pejuang.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.
 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.