Dengan peratusan keluar mengundi 55%, BN menang PRN Johor
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi pihaknya akan meminta perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar calon menteri besar gabungan itu diterima.
Terkini
Barisan Nasional memperoleh satu lagi kemenangan selesa pada pilihan raya negeri (PRN) hari ini, memenangi lebih 50% daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Johor, empat tahun selepas gabungan itu ditumbangkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 2018.
Dalam kenyataan keputusan rasmi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan gabungan itu memenanginya 40 dari 56 kerusi yang dipertandingkan.
Sementara itu, PH memenangi 11 kerusi, Perikatan Nasional (tiga), Muda dan PKR masing-masing satu kerusi.
“Seramai 1,426,573 orang atau 54.92% telah keluar mengundi.
“Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media di pejabat BN Johor, presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan meminta perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar calon menteri besar gabungan itu diterima.
Zahid menamakan bekas menteri besar Hasni Mohamad sebagai calon menteri besar daripada gabungan itu.
Beliau turut menyakinkan para penyokong dengan mengatakan kerajaan baru yang akan dibentuk itu akan memulakan langkah menjaga kepentingan rakyat Johor dalam kadar segera bermula dengan pembentangan belanjawan negeri.
“Kita rasakan kejayaan ini merupakan hadiah kepada seluruh negeri Johor yang telah memberikan kepercayaan semula kepada BN.”
Ini merupakan kemenangan kedua gabungan itu pada PRN selepas Melaka.
Kemenangan ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas timbalannya untuk memperkukuhkan kedudukan Umno.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
