Pengembara VTL-Land wajib jalani ujian saringan semasa ketibaan di Singapura
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) mula dilaksanakan antara Malaysia dan Singapura hari ini dengan had 1,500 orang sehari.
Terkini
Semua pengembara yang tiba di Singapura dari Malaysia melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) wajib menjalani ujian pengesanan pantas (RTK) semasa ketibaan, menurut kementerian perdagangan dan industri (MTI) republik itu semalam.
“Ia akan berkuat kuasa mulai 8 pagi, 29 November bermula dengan pengembara darat pertama yang tiba di Singapura,” menurut kenyataan MTI.
Kementerian memaklumkan langkah itu diambil ekoran perkembangan terbaru mengenai varian baru Covid-19, B.1.1.529 yang lebih pantas merebak.
“RTK semasa ketibaan membolehkan kami mengurangkan risiko penularan B.1.1.529 ke Singapura dan membolehkan kami memperluas VTL-Land secara beransur-ansur secara selamat dan tersusun,” katanya.
Ujian saringan RTK itu akan dilaksana di Woodlands Temporary Bus Interchange dan Terminal Queen Street dan pembayaran RTK perlu dibuat secara e-pembayaran di pusat ujian.
Singapura dan Malaysia melancarkan VTL-Land merentasi Tambak mulai 29 November 2021, untuk membuka semula perjalanan rentas sempadan.
Kementerian turut mengingatkan semua pengembara untuk membeli tiket bas dan memastikan mempunyai dokumen diperlukan sebelum menaiki bas VTL yang ditetapkan.
Maklumat lanjut VTL-Land Singapura dan Malaysia, boleh didapati di laman sesawang https://safetravel.ica.gov.sg/vtl-land/overview.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
