- Iklan -
Berita

Pembentangan RUU pinda Perlembagaan selari MA63 akan diberitahu kelak, kata menteri

RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kabinet akan menetapkan tarikh baru untuk pembentangan rang undang-undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata penangguhan itu susulan tiada kata sepakat dicapai mengenai cadangan pindaan terhadap beberapa artikel berkaitan Perlembagaan Persekutuan semasa sesi perbincangan semalam, yang turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat esok (26 Oktober), diikuti bacaan kali kedua pada 28 Oktober ini.

Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata tarikh baru bacaan kali pertama RUU itu akan ditetapkan selepas taklimat daripada Peguam Negara berhubung perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat (29 Oktober) ini.

“Walaupun Kabinet pada prinsipnya bersetuju dengan usul RUU itu, ada beberapa menteri meminta penjelasan lanjut mengenai pindaan tersebut. Itu sebabnya kenapa Kabinet memutuskan agar menetapkan tarikh baru pembentangan RUU selepas taklimat daripada peguam negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan RUU berkenaan mendapat sokongan penuh daripada semua menteri.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.