Berita
19 rumah teres terjejas tanah runtuh di Kemensah Heights
Bagaimanapun tiada mangsa yang cedera dilaporkan.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian untuk operasi menyelamat.
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba bertindak memindahkan semua mangsa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
“Tiada mangsa yang cedera dilaporkan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -
