- Iklan -
Berita

Perlu kaedah lain untuk atasi pencemaran plastik, kata jurucakap kempen

Pendekataan lebih holistik diperlukan dengan memberi tumpuan terhadap sistem penyampaian alternatif menggunakan pendekatan guna atau isi semula.

Siva Selan
3 minit bacaan
Kongsi
Penggunaan plastik sekali guna masih meluas di negara ini yang dikatakan menjadi penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar.
Penggunaan plastik sekali guna masih meluas di negara ini yang dikatakan menjadi penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar.

Rakyat negara ini merupakan pengguna sekali guna plastik terbesar di Asia, menurut Tabung Alam Sedunia (WWF).

Setiap rakyat negara ini menggunakan dan kemudian membuang kira-kira 17 kilogram plastik setiap tahun, sama ada dalam bentuk beg, kutleri, straw dan lain-lain “keperluan” yang dibuang.

Sebahagian besar plastik-plastik itu akhirnya terlepas ke laut, meletakkan Malaysia sebagai negara ke-5 di dunia paling teruk dalam pencemaran laut.

Pun begitu rakyat negara ini masih sukar untuk mengubah tabiat penggunaan plastik sekali guna.

Pencemaran yang berpunca daripada plastik yang dibuang hanya dapat diatasi dengan menukar kaedah digunakan sekarang ini, kata Heng Kiah Chun, jurucakap kempen Greenpeace Malaysia.

“Caj yang dikenakan untuk plastik sekali guna mungkin mampu menghalang pelanggaan daripada menggunakannya, tetapi ia secara bersendirian tidak mampu menghentikan krisis global ini,” kata Heng kepada MalaysiaNow.

Pencemaran kini merupakan kebimbangan utama saintis dan pencinta alam sekitar kerana memberi kesan buruk kepada kehidupan kita dalam pelbagai cara – daripada pelepasan karbon mengancam iklim, hingga plastik yang mencemar sungai-sungai serta memusnahkan kehidupan marin dan ekosistem.

Kajian menunjukkan penggunaan plastik sekali guna menjadi penyumbang kepada sebahagian besar sampah di kawasan pantai di seluruh dunia dan 12 juta tan sampah yang dibuang itu kemudian mencemari lautan setiap tahun.

Usaha dilakukan bagi mengurangkan plastik sekali guna dilihat tidak berkesan kerana kebanyakan kedai dan kafe masih membekalkan beg, kutleri dan bekas sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pelanggan dan bersikap sopan.

Disebabkan cara pemikiran seperti ini, plastik sekali guna, atau pakai buang, seperti pembungkus makanan, botol dan straw merangkumi hampir 40% penggunaan plastik di seluruh dunia.

Walaupun kerajaan berusaha mengurangkan pengunaan plastik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dengan mengenakan caj untuk beg plastik, akan tetapi ia masih tidak mencukupi, kata Heng.

“Pendekataan lebih holistik diperlukan dengan memberi fokus terhadap sistem penyampaian alternatif menggunakan pendekatan guna atau isi semula,” katanya.

“Larangan perundangan perlu digunakan untuk menyekat pengunaan pembungkusan plastik sekali guna kerana pengganti lebih sesuai sudah ada.”

Heng mengatakan barang-barang seperti kutleri di restoran, filem plastik di dalam pasar raya, dan plastik mikrob dalam kosmetik masih banyak digunakan walaupun terdapat alternatif lain.

Kewajipan Lanjutan Pengeluar (EPR) merupakan satu pendekatan yang memberikan pengeluar tanggungjawab kewangan atau fizikal penting bagi merawat atau membuang produk pasca pengguna.

“Pendekataan lebih holistik diperlukan dengan memberi fokus terhadap sistem penyampaian alternatif menggunakan pendekatan guna atau isi semula,” katanya.

“Penggunaan EPR adalah untuk internalisasi kos dan mengelak beberapa jenis pencemaran plastik, terutama melibatkan barang pembungkusan sekali guna termasuk melalui Sistem Pulangan Deposit,” kata Heng.

Kebanyakan syarikat mencari jalan menghasilkan alternatif kepada pembungkusan plastik dengan beralih daripada bahan plastik fosil kepada plastik berasaskan kertas dan bio yang sering dipromosi sebagai bahan biodegradasi.

Heng menekankan pendekatan yang lebih baik adalah untuk mendorong penyelidikan ke dalam sistem penyampaian alternatif bagi pengggunaan semula dan pemulihan daripada menggunakan alternatif bahan sekali guna atau plastik berasaskan bio.

Katanya bagi pengguna, meningkatkan kesedaran dan mengubah sikap perlu dilakukan.

Beliau berkata, orang ramai mesti disedarkan mengenai kesan budaya membuang tidak mampan kepada perubahan iklim.

“Hampir setiap keping plastik bermula dengan bahan bakar fosil, dan gas rumah hijau dihasilkan pada setiap peringkat kitaran prosesnya, daripada pencarian dan mengangkut, penyulingan dan pengeluaran sehinggalah ke pembuangan.”

Katanya usaha lain termasuk melabelkan plastik sebagai sumber berharga dengan memberikannya harga, mereka bentuk produk dan pembungkusan untuk sesuaikan dengan sistem kitar semula sedia ada atau pada masa depan dan meningkatkan ketelusan mengenai bahan kimia digunakan dalam plastik dengan memberikan lebih banyak maklumat yang secara kolektif akan membantu mengatasi masalah ini.

Usaha lain seperti mengiktiraf plastik sebagai sumber berharga dengan memberikan harganya, merancang produk dan pembungkusan agar sesuai dengan sistem kitar semula yang ada atau akan datang dan meningkatkan ketelusan bahan kimia yang terdapat dalam plastik dengan memberikan lebih banyak maklumat secara kolektif dapat membantu mengatasi masalah ini, katanya.

“Syarikat yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku perlu mengetuai dalam mencari sistem penyampaian baru yang boleh meningkatkan fungsi plastik sekali guna dan sesuai untuk digunakan orang ramai.”

Heng mendakwa para pengeluar sudah lama meletakkan kesalahan kepada pengguna dan pada masa sama memaksimumkan keuntungan dengan pengeluarkan plastik sekali guna.

“Walaupun tindakan individu itu penting, mereka tidak mungkin melakukan sebarang perubahan pada skala yang diperlukan.

“Tanggungjawab sebenar terletak pada syarikat dan kerajaan yang terus mendorong orang ramai ke dalam sistem ini.”