- Iklan -
Berita

Putrajaya dedah data FDI serta perbincangan 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi

Mida mengakui landskap FDI akan kekal mencabar dan sangat kompetitif.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Sektor pengilangan menerima pelaburan terbesar dengan 59.5% atau RM65.3 bilion, diikuti sektor perkhidmatan (RM42.8 billion) dan sektor primer (RM1.7 billion).
Sektor pengilangan menerima pelaburan terbesar dengan 59.5% atau RM65.3 bilion, diikuti sektor perkhidmatan (RM42.8 billion) dan sektor primer (RM1.7 billion).

Malaysia mencatatkan jumlah perlaburan bernilai RM109.8 bilion sepajang tempoh sembulan bulan pertama tahun lepas meskpun dihimpit kesan pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelaburan asing menjunam di rantau Asean, dan kini dalam perbincangan untuk meluluskan 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

Agensi itu mengatakan pelaburan itu bakal mewujudkan kira-kira 65,000 peluang pekerjaan melibatkaan 3,000 projek yang merupakan pelaburan langsung asing (FDI).

Sektor pengilangan menerima pelaburan terbesar dengan 59.5% atau RM65.3 bilion, diikuti sektor perkhidmatan (RM42.8 billion) dan sektor primer (RM1.7 billion).

Ia meningkat sebanyak 16.6% berbanding tempoh sama pada 2019, kata Mida.

Statistik itu dikeluarkan selepas wujud dakwaan negara kehilangan pelaburan asing berbanding negara-negara jiran.

Mida bagaimanapun mengakui landskap FDI akan kekal mencabar dan sangat kompetitif, sama seperti angka-angka yang dikeluarkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).

Laporan itu mengatakan aliran FDI turun 42% secara global daripada AS$1.5 trilion pada tahun 2019 kepada AS$859 bilion tahun lepas.

Di Asia Tenggara, FDI menurun sebayak 31%, disebabkan penurunan penerima pelaburan terbesar seperti Singapura (37%), Indonesia (24%), Vietnam (10%), Thailand (50%) dan Malaysia (68%).

Mida mengatakan langkah segera telah diambil untuk memperoleh pelaburan dengan penubuhan Project Acceleration and Coordination Unit atau Pacu dan i-Incentive, dengan matlamat menarik pelaburan berkualiti tinggi bagi mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan mempromosi pemindahan teknologi.

“Usaha ini akan meningkatkan lagi daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan,” kata Mida.

Menurut kajian KPMG di Amerika Syarikat, ia mengatakan Malaysia kekal sebagai destinasi tarikan pelaburan global – berada dikedudukan keempat di hadapan China, Jepun, Vietnam dan India.

Oleh itu, ia menyatakan keyakinan bahawa pelaburan asing akan kembali ke peringkat pra-pandemik.

Mida berkata sebanyak 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi bernilai RM81.9 bilion dalam peringkat rundingan pada tahun ini.

Pelaburan tinggi

Ia menyenaraikan beberapa industri berteknologi tinggi dan mewah yang melabur di negara ini walaupun Covid-19 menyebabkan ekonomi di seluruh dunia perlahan.

Ia termasuk firma peralaran perubatan British Schmidt and Nephew, firma berorientasikan teknologi berpangkalan di AS, Dexcom, dan LAM Research, pembekal global peralatan fabrikasi wafer untuk industri semikonduktor.

Sementara itu, syarikat elektrik yang berpangkalan di Switzerland, LEM akan mendirikan kilang pengeluaran barunya di Malaysia bagi memenuhi permintaan semakin meningkat dalam sektor industri dan automotif.

Lain-lain termasuk pemain utama dalam produk audio MusicTribe, yang akan mendirikan fasiliti dikawal robot sepenuhnya dan SK Nexilis pengeluar kerajang tembaga dari Korea Selatan yang baru-baru ini mengumumkan akan membina kilang pertama di luar negara di Sabah.

“Ketersediaan infrastruktur yang sangat baik, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan perbankan, industri sokongan serta pelbagai bakat dengan kemahiran dan tenaga kerja yang boleh dilatih antara faktor penarik untuk dipertimbangkan oleh pelabur,” kata Mida.

Dalam pada itu, beberapa syarikat gergasi multinasional juga turut mengumumkan pengembangan, seperti firma sains hayat Jerman Eppendorf, yang menubuhkan sebuah hub untuk bahagian teknologi maklumat, sumber manusia, dan kewangan di Asia Pasifik, Asia Barat dan Afrika.

Lain-lain termasuk Bosch dan B Braun yang berpangkalan di Jerman, dan syarikat Taiwan, Wistron, pemain utama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk elektrik.

Sementara itu, syarikat gergasi perkakasan komputer AS, Western Digital mengumumkan pelaburan tambahan untuk reka bentuk dan pengilangan, dan Nippon Electric Glass dari Jepun menambah kapasiti pengeluaran tiub kaca untuk kegunaan perubatan bagi memenuhi permintaan vaksinasi Covid-19.