- Iklan -
Berita

Pertemuan Zahid Hamidi, Agong ditangguhkan

Pertemuan Zahid dengan Agong ditangguhkan ke satu masa dan tarikh yang belum ditentukan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Umno Zahid Hamidi mahu Parlimen bersidang susulan titah Agong. Gambar: Bernama
Presiden Umno Zahid Hamidi mahu Parlimen bersidang susulan titah Agong. Gambar: Bernama

Pertemuan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang dijadual menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, esok, ditangguhkan.

Zahid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata pertemuan tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

“Ditangguhkan. Tarikh belum ditentukan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datoh melalui aplikasi Telegram hari ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno lewat malam tadi berkata Zahid dijadual menghadap Agong pada pukul 5 petang, Khamis.

Pagi tadi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu turut menerima perkenan untuk mengadap Agong hari ini, namun ia ditangguhkan kepada satu tarikh dan masa yang belum ditentukan.

Semalam Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum kepada Agong bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.