- Iklan -
Berita

Beli secara bijak, panduan generasi milenial untuk pasaran rumah

Bukan telefon sahaja produk pintar dicari generasi milenial

Roznah Abdul Jabbar
3 minit bacaan
Kongsi
Golongan milenial lebih tertarik untuk membeli rumah pintar sebagai salah satu gaya hidup dan sanggup berbelanja lebih.
Golongan milenial lebih tertarik untuk membeli rumah pintar sebagai salah satu gaya hidup dan sanggup berbelanja lebih.

Di sebalik cabaran ekonomi yang membantutkan pasaran hartanah dan kadar pengangguran belia pada kadar 10.5% tahun lalu, mengecil lebih enam kali ganda
kadar tenaga buruh dewasa, generasi milenial dilihat mampu menjadi pendorong kepada sektor hartanah dalam negara ini.

Laporan rangkaian ejen hartanah IQI Global menunjukkan peningkatan dalam pembelian projek perumahan baru daripada golongan ini, daripada 48% pada tahun 2018 kepada 62% pada tahun berikutnya.

Namun generasi milenial, ditakrifkan kepada mereka yang dilahirkan antara tahun 1981 hingga 1996, dilihat mempunyai pilihan lebih spesifik apabila memilih hartanah yang ingin dibeli.

Mahir internet dan lebih memahami perkara-perkara berkaitan teknologi, adalah tidak menghairankan konsep rumah pintar menjadi pilihan hartanah mereka.

Di peringkat global, generasi milenial mencatatkan nilai pembelian sebanyak AS$170 bilion atau lebih RM705 bilion, menjadikan mereka kumpulan pengguna terkuat. Mereka juga merupakan pembeli terbesar sektor hartanah sekunder atau subsale.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada trend ini, perkara ini dikongsi Tharmaindran Gannasin, ketua pegawai eksekutif BNetworks Sdn Bhd yang berkata, permintaan daripada pembeli rumah milenial “sangat memberangsangkan”.

“Mereka cekap teknologi dan secara tidak langsung meningkatkan permintaan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Memandangkan mereka juga memiliki kuasa beli terbesar dalam bidang teknologi, Tharmaindran berkata tidak mengejutkan jika mereka ingin memiliki rumah pintar sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.

“Kita melihat pemaju hartanah, perunding dan arkitek kini menerapkan pendekatan teknologi dan pengalaman gaya hidup inovatif, untuk kediaman ataupun bangunan pintar,” katanya.

Malah, milenial secara umum lebih bersedia untuk membayar lebih untuk rumah atau menyewa hartanah yang dihubungkan dengan teknologi, katanya.

Ia termasuk pintu masuk tanpa kunci, ruang diaktif dengan arahan suara, kawalan suasana satu sentuhan dan sistem berkebolehan sendiri yang mampu pelajari rutin harian mereka.

Bagaimana trend ini terus berlaku, Tharmaindran berkata, golongan milenial lebih terdedah dan terbiasa dengan perubahan teknologi dalam komunikasi maklumat, media sosial dan rangkaian sosial.

“Ini mempengaruhi cara mereka membeli produk,” katanya.

Ia mungkin terbukti benar, kerana milenial di Malaysia merupakan 74% daripada 28.7 juta pengguna internet, menjadikan mereka pempegaruh terbesar media sosial dalam perkongsian kandungan dan promosi perkhidmatan.

Dan nama-nama besar dalam bidang hartanah seperti Gamuda Land Bhd, OSK Property Holdings Bhd, IJM Land Bhd and Mah Sing Group Bhd mula menyahut cabaran ini.

“Projek seperti Gamuda Cove oleh Gamuda, Ryan & Miho oleh OSK, Swans @ Rimbayu oleh IJM, dan Lakeview oleh MahSing semuanya memanfaatkan platform IoT bWave kami,” kata Tharmaindran.

bWave, dilancarkan pada tahun 2017, merupakan pintu gerbang yang menghubungkan alat Internet of Things (IoT) daripada pelbagai peralatan wayarles, protokol atau teknologi.

Ini membolehkan ia mereka dan membangun pelbagai solusi IoT, termasuk automasi, kawalan iklim, sekuriti dan keselamatan, hiburan, pengurusan tenaga dan pengawasan.

‘Tidak seperti generasi lain’

Timbalan Presiden Persatuan Protech Malaysia, Daniele Gambero memberitahu MalaysiaNow, milenial membeli hartanah “tidak seperti generasi sebelum ini”.

“Ia sama ada impian untuk menjadi jutawan atau pelaburan aset selamat, namun secara peribadi saya sendiri merasai pengalaman trend ini di Malaysia sejak beberapa tahun lalu,” tambahnya.

Gambero, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perundingan hartanah REI Group berkata, ia disokong oleh perubahan dalam industri hartanah itu sendiri dalam menggabungkan teknologi walaupun pada peringkat awal.

“Pada masa kini, pembeli lebih mudah menilai, melawat, bertanya dan memilih hartanah daripada pasaran utama hampir sepenuhnya dalam talian,” katanya, sambil menambah ia sesuai dengan gaya hidup milenial.

Malah, dia membayangkan pada masa hadapan di mana pengunaan teknologi dapat membantu mengurangkan kos pembinaan, yang akhirnya menjadikan pemilikan rumah satu realiti kepada lebih ramai penduduk di negara ini.

Namun, buat masa ini, Tharmaindran berkata gangguan masih ada, misalnya pengunaan sokong lewah aplikasi dan penyimpanan clouds yang tidak selamat dan pengunaan peranti pelbagai jenama “yang tidak menyokong satu sama lain”.

Ini, dalam jangka masa panjang akan menjadikan aplikasi pintar diabaikan.

“Cara terbaik untuk menarik generasi milenial bukan sekadar teknologi pada paparan peranti, tetapi juga memberikan pengalaman terbaik dengan sokongan dan sekuriti siber dipercayai,” katanya.