Saya masih PM, selagi Anwar belum buktikan sokongan, kata Muhyiddin
Muhyiddin berkata, sekiranya Anwar tidak membuktikan sokongannya, kenyataan ahli Parlimen Port Dickson itu hanyalah dakwaan semata-mata.
Muhyiddin Yassin mengatakan beliau masih lagi perdana menteri selagi Presiden PKR Anwar Ibrahim masih belum membuktikan mempunyai cukup sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.
“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.
“Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan saya adalah perdana menteri yang sah,” kata perdana menteri dalam satu kenyataan petang ini.
Hari ini Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengadakan sidang media, mendakwa mempunyai cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri dan menumbangkan PN.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Port Dickson itu tidak menyatakan jumlah sokongan diperolehinya dan hanya akan memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.