Tuesday, May 24, 2022

Hakim benar laporan ketua audit negara dalam rayuan Taman Rimba Kiara

Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan dokumen tersebut adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.

Other News

Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dibenarkan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 dan tambahan Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur dalam rayuan yang dikemukakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan empat yang lain untuk mengembalikan semula cadangan perintah pembangunan projek Taman Rimba Kiara.

Ia berikutan keputusan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai hakim Nallini Pathmanathan dalam memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.

Bagaimanapun, beliau berkata isu mengenai kerelevanan dokumen itu akan ditangani pada pendengaran rayuan itu.

Beliau juga berkata peguam yang mewakili pihak-pihak dalam rayuan itu bebas untuk menyangkal dokumen berkenaan.

Hakim Nallini yang bersidang bersama hakim Zaleha Yusof dan hakim Rhodzariah Bujang, berkata dokumen itu dimasukkan dalam rekod rayuan dan oleh itu penduduk tidak perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi mengemukakan dokumen tersebut sebagai bukti baharu dalam rayuan tersebut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles