- Iklan -
Berita

Mahkamah tolak permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB

Ia mengatakan injunksi itu perlu dikekalkan sehingga saman 1MDB selesai.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Najib Razak, diiringi oleh anggota keselamatan di mahkamah. Gambar: Bernama
Bekas perdana menteri Najib Razak, diiringi oleh anggota keselamatan di mahkamah. Gambar: Bernama

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak untuk mengetepikan injunksi Mareva yang diperoleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan satu anak syarikatnya, bagi menghalang beliau daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$681 juta (RM3.2 bilion).

Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad hari ini memutuskan bahawa injunksi itu perlu dikekalkan sehingga saman 1MDB selesai.

Injunksi Mareva ialah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang.

Pada 8 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak)  bagi injunksi Mareva oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited) iaitu plaintif pertama dan kelima dalam saman terhadap Najib dan beberapa individu lagi.

Injunksi itu turut mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukan untuk perbelanjaan sara hidup serta guaman namun sekiranya jumlah lebih banyak diperlukan, beliau perlu mendapat kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified.

MENYUSUL LAGI