- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 Singapura rekod angka tertinggi sebanyak 3,994 jangkitan

Singapura turut melaporkan tujuh kematian akibat Covid-19.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Penumpang tren MRT di Singapura mengekalkan penjarakan fizikal selain memakai pelitup muka  bagi memenduk wabak Covid-19. Gambar: AP
Penumpang tren MRT di Singapura mengekalkan penjarakan fizikal selain memakai pelitup muka bagi memenduk wabak Covid-19. Gambar: AP

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 3,994 kes baru Covid-19 pada Selasa, tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Selain itu, Singapura turut melaporkan tujuh kematian akibat Covid-19.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Sejak September lalu, Singapura turut memperketatkan langkah kesihatan dengan menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan bekerja dari rumah.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.