Monday, October 18, 2021

Kes bekas pembantu saman fitnah setiausaha akhbar Anwar bermula Khamis 

Yusoff Rawther selaku plaintif akan tampil sebagai saksi pertama.

Other News

Kes saman fitnah yang difailkan Muhammad Yusoff Rawther terhadap setiausaha akhbar Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah akan ditentukan melalui perbicaran di Mahkamah Sesyen Shah Alam bermula Khamis.

Perbicaraan akan bermula selepas kedua-dua pihak dipercayai gagal mencapai persetujuan agar kes itu diselesaikan secara mediasi, kata peguam Yusoff, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata, perbicaraan itu akan berlangsung selama setengah hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari dengan Yusoff selaku plaintif akan menjadi saksi pertama.

“Ada lagi saksi lain, tetapi saya tidak boleh dedahkan sekarang.

“Saksi untuk perbicaraan Khamis ini hanya Yusoff,” katanya kepada MalaysiaNow.

MalaysiaNow pada 15 Julai, melaporkan Yusoff memfailkan saman terhadap Nashrul berhubung tuduhan fitnah terhadapnya selain saman sivil berasingan terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi menuntut ganti rugi kecedraan selepas didakwa diserang lelaki iti.

Yusoff yang juga bekas pembantu penyelidik Anwar juga memfailkan saman terhadap presiden PKR itu selepas mendakwa ahli politik berkenaan menyerangnya secara seksual yang didakwa berlaku berlaku 10 hari sebelum memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018.

Yusoff berkata, dia mengalami trauma serius secara fizikal, psikologi dan sosial akibat insiden itu.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles