- Iklan -
Berita

Kit Siang cadang pihak kalah dilantik TPM

Gesaan veteran DAP dilihat secara tidak langsung mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Veteran DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang. Gambar: AP
Veteran DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang. Gambar: AP

Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini secara tidak langsung mencadangkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan, selepas presiden PKR itu gagal memperolehi sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan perdana menteri, seorang boleh dilantik sebagai perdana menteri dan seorang lagi sebagai timbalan perdana menteri untuk membentuk kabinet perang melibatkan semua kuasa politik di Parlimen untuk memenangi perang melawan penularan wabak Covid-19 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 dalam masa 18 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan 114 ahli Dewan Rakyat dari Perikatan Nasional, Umno dan GPS menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dalam surat akuan sumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong semalam.

Dengan bilangan sokongan kepada Ismail itu bermaksud Anwar gagal mendapatkan sokongan majoriti.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata Malaysia sedang menghadapi masa yang paling kelam sepanjang sejarah negara dan ubatnya adalah “Kabinet dan Parlimen perang”.

Anwar berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri sewaktu pentadbiran Barisan Nasional pada 1998, beliau menduduki jawatan itu sehingga saat beliau dipecat oleh perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.