Wednesday, July 21, 2021

Pulau Pinang beralih ke Fasa 2 PPN bermula Rabu

Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak yang memasuki fasa kedua PPN bermula hari ini.

Other News

Pulau Pinang menjadi negeri terbaru yang akan beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 7 Julai ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, peralihan itu diputuskan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas negeri itu mencapai nilai ambang yang ditetapkan bagi tiga kriteria untuk peralihan ke fasa tersebut.

Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak yang memasuki Fasa Kedua PPN bermula hari ini.

Ismail berkata, tiga kriteria untuk peralihan ke Fasa Kedua adalah purata kes jangkitan harian selama tujuh hari sebanyak 9.5 ke per 100,000 penduduk (nilai ambang: 12.2 kes per 100,000 penduduk).

Selain itu katanya, kadar penggunaan katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) mencapai tahap sederhana dan penilaian “capacity to respond” di tahap memadai dan kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa sebanyak 10.1 peratus (nilai ambang: 10 peratus).

“Berdasarkan tiga indikator ini dan penilaian terperinci agensi-agensi termasuk kementerian kesihatan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan peralihan fasa PPN bagi Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi negeri-negeri yang berjaya beralih ke Fasa Kedua, adalah dinasihatkan untuk teruskan usaha melindungi komuniti anda daripada jangkitan Covid-19 dan tingkatkan prestasi negeri masing-masing supaya dapat beralih ke fasa seterusnya.”

Katanya, ini akan membantu untuk mempercepatkan proses pemulihan sektor-sektor ekonomi dan sosial di negeri-negeri yang berkenaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles