Friday, February 12, 2021

Harga vaksin Covid-19 Malaysia lebih murah daripada Belgium

Harga vaksin bagi seorang rakyat Malaysia ialah RM77.35 berbanding Belgium RM82.40.

Other News

New Year hopes shine through poverty and hardship for family on the breadline

Their elderly parents are wheelchair-bound and they themselves have special needs, but Mei Ching and her brother are glad to be celebrating Chinese New Year as a family nonetheless.

Harapan tahun baru tetap bersinar buat keluarga miskin di Sarawak

Biarpun kedua-dua ibu bapa berkerusi roda, Mei Ching dan adiknya tetap gembira menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga.

New Year brings new hope for hard-up family in Ampang

Work will soon start on Chin Kim Choy's home, which will be torn down and rebuilt into a more secure structure.

Reunited under the shadow of Covid-19

While many aspects of Chinese New Year will be different or entirely missing under the movement control order this year, families such as that of Fong Teck Keong in Kampung Baru Ampang will still gather for reunion dinners under strict health SOPs.

Graduan ijazah lalui masa sukar dengan gaji RM1,000 sebulan

Duit tidak pernah cukup, tetapi asalkan dia dan keluarganya sihat dan selamat, ia sudah memadai.

Kerajaan hari ini menafikan bahawa kos vaksin Covid-19 untuk seorang rakyat Malaysia lebih mahal daripada yang ditampung Belgium.

Mengulas perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata kerajaan Belgium menempah 33.5 juta dos vaksin untuk diberikan kepada 16.7 juta rakyatnya dengan harga RM1.38 bilion.

“Belgium akan memberikan dua dos vaksin kepada setiap rakyatnya dengan anggaran harga RM82.40 (seorang),” katanya sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2020 di Dewan Negara di sini.

Kerajaan Malaysia pula katanya membayar RM2.05 bilion bagi perolehan 26.5 juta vaksin Covid-19 untuk diberikan kepada 26.5 juta rakyat negara ini.

“Harga bagi seorang rakyat Malaysia ialah RM77.35. Ini menunjukkan harga kita lebih rendah daripada Belgium. Saya harap penjelasan ini dapat mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya.

Sebelum ini tular dakwaan Malaysia membayar harga vaksin Covid-19 kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi berbanding yang dibayar kerajaan Belgium.

Mengenai dakwaan terdapat penglibatan ‘orang tengah’ dalam pemerolehan vaksin, Mohd Shahar berkata bekalan  tersebut diperoleh terus daripada syarikat farmaseutikal.

Katanya pemerolehan juga dilakukan menerusi tiga lagi kaedah, iaitu penyertaan dalam ‘Covax facility’ dan ‘Covax optional purchase agreement’,  bilateral kerajaan dengan kerajaan (G2G) dan tender terbuka dalam jangka panjang.

“Saya yakin Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin yang dipengerusikan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah seliaan Kementerian Kewangan akan memastikan semua perkara ini diutamakan agar rancangan penyediaan vaksin berada pada tahap optimum,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

76% rakyat Malaysia sokong SOP Tahun Baru Cina ditetapkan kerajaan

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI, 24% lagi tidak menyokong.

Sepatutnya semua orang ada negara

Negara dicipta untuk menyenangkan, dan bukannya menyusahkan manusia.

Malaysia terima vaksin Pfizer seminggu lebih awal, kata menteri kesihatan

Adham berkata vaksin itu akan diterima secara berfasa iaitu 148,000 dos pada fasa pertama.

Muhyiddin mahu hubungan KL-Jakarta lebih strategik, komprehensif

Hubungan dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara mengoptimumkan kerjasama yang sudah terjalin.

Hubungan Malaysia-Indonesia: Satu kerjasama dalam suasana mencabar

Jokowi menjemput Muhyiddin dalam keadaan mencabar adalah bukti bagaimana kedua-dua negara meletakkan nilai yang sangat tinggi terhadap hubungan dua hala.