Thursday, March 4, 2021

Muhyiddin lancar Dasar Pelancongan Negara

Ia akan kembali menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global.

Other News

Just the ticket – Moscow Metro to bring in FacePay system this year

Similar systems are already in place in some Chinese cities.

Time to be honest about crossing the aisle

Elected representatives should be held to the same standards when it comes to party-hopping, regardless of political affiliation.

Dua maut, tiga parah dalam runtuhan jejambat di MRR2

kesemua mangsa adalah warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun.

SpaceX rocket explodes on ground after seemingly successful flight

The rocket exploded a few minutes after landing and was thrown into the air following which it crashed back to the ground.

Brazil reports second straight day of record Covid-19 deaths

Far-right President Jair Bolsonaro faces sharp criticism for downplaying the new coronavirus, flouting expert advice on containing it with lockdowns and face masks, and over his government's slow pace in vaccinating the population.

Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan hari ini bermatlamat menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta kembali menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global, kata Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri ketika berucap melancarkan dasar berkenaan secara dalam talian, berkata matlamat itu akan dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi pengukuhan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif,  serta kesediaan mengharungi bencana pada masa akan datang.

Katanya dasar berkenaan akan dilaksanakan menerusi enam teras strategik utama, iaitu  transformasi tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang inklusif dan  menggiatkan digitalisasi pelancongan.

Teras lain kata perdana menteri ialah memperkaya pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuh komitmen terhadap pelancongan lestari, dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua subsektor pelancongan.

Muhyiddin berkata kerajaan sedar negara memerlukan hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memulihkan semula industri pelancongan.

“Sehubungan itu, pembangunan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital adalah penting bagi memastikan objektif dasar ini dapat dicapai.

“Tambahan pula, kemajuan teknologi juga dapat mengukuhkan jaringan antara industri serta membuka jalan bagi subsektor inovatif baharu dalam industri pelancongan yang akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Dengan ini, pelaburan pelancongan yang berpusatkan teknologi adalah digalakkan,” katanya.

Beliau berkata melalui DPN, Malaysia akan mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau Special Tourism Investment Zones bagi meningkatkan kerjasama awam-swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa.

Tegasnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga komited untuk mengimbangi pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara termasuk alam sekitar, budaya dan warisan.

“Matlamat kita ialah untuk menjenamakan Malaysia sebagai Top of Mind Ecotourism Destination of the World. Saya juga yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu di samping mewujudkan peluang pekerjaan,” tambahnya.

Perdana menteri berkata usaha itu selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Justeru, beliau berharap strategi yang terkandung dalam DPN 2020-2030 akan mendapat sokongan padu dan kerjasama penuh semua pihak, terutamanya penggiat industri, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan pemegang taruh berkaitan.

Muhyiddin berkata  pada 2019, industri pelancongan negara menyumbang 15.9% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan nilai RM240.2 bilion serta melibatkan 3.6 juta tenaga kerja.

Bagaimanapun, katanya kehadiran pandemik Covid-19 menjejaskan aktiviti ekonomi berkaitan industri pelancongan dengan kerugian pada tahun ini dianggar melebihi RM100 bilion.

Beliau berkata kerajaan sedar pelaksanaan beberapa peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak itu telah memberikan impak yang besar kepada industri pelancongan negara.

Katanya Majlis Tindakan Ekonomi Negara menjangkakan Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk memulihkan semula industri pelancongan, iaitu satu tempoh yang agak panjang dan akan memberikan cabaran besar kepada semua pihak terlibat dalam industri berkenaan.

“Saya percaya, di peringkat awal ini kita boleh menjana semula industri pelancongan negara dengan merancakkan aktiviti pelancongan domestik, sementara sempadan masih ditutup dan mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong dalam negara,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Program imunisasi bantu pulih perniagaan, ekonomi, kata Mustapa

Vaksinasi lebih ramai rakyat dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

Sesi persekolahan murid prasekolah, Tahun 1,2 bermula hari ini

Bagi murid yang belum mempunyai pakaian seragam, kementerian pendidikan (KPM) membenarkan mereka memakai pakaian biasa.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa

Pandemik Covid-19 tidak bermakna negara tidak memberi perhatian dalam hubungan antarabangsa.

Suami isteri pengusaha van tak sabar tunggu sekolah dibuka

Berita mengenai pembukaan semula sesi persekolahan pada 1 Mac depan bagaikan “cahaya di hujung terowong” kepada pasangan pengusaha van sekolah yang memutuskan untuk pulang...