Wednesday, March 3, 2021

Kerajaan sedia benarkan lebih ramai keluarkan caruman Akaun 1 KWSP

Cadangan itu dibuat setelah mengambil kira keresahan rakyat yang terkesan dengan impak penularan Covid-19.

Other News

Churchill mosque painting sold by Angelina Jolie smashes record

The painting of a Marrakech mosque at sunset is a piece of both political and Hollywood history.

Over half of Malaysians struggling to meet expenses with current income, survey shows

A similar number say they are dipping into their savings to make ends meet.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

New cases inch lower to 1,555

2,528 recoveries, six more deaths.

Kerajaan bersedia untuk memperluas jumlah pencarum yang layak bagi pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak terlibat khususnya KWSP.

Katanya, cadangan itu dibuat setelah mengambil kira keresahan rakyat yang terkesan dengan impak penularan Covid-19.

“Selepas rundingan itu selesai, kita perlu tunggu dalam beberapa hari lagi untuk saya serta KWSP umumkan berhubung usaha memperluaskan kepada lebih 600,000 rakyat menerima faedah ini. Kita juga akan jelaskan juga kenapa kita buat demikian,” katanya pada sidang media di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat). Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lepas, Zafrul mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan bagi meringankan beban kewangan ahli-ahli yang terjejas.

Pada April lepas, KWSP memperkenalkan skim kemudahan pengeluaran i-Lestari yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000, memberi manfaatkan kepada kira-kira 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan Dewan Rakyat tidak meluluskan Belanjawan 2021, Zafrul berkata jika perkara itu berlaku, kerajaan tidak dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji dan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19.

Beliau bagaimanapun optimis belanjawan melibatkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat dan pemulihan perniagaan serta ekonomi negara itu akan diluluskan.

“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat). Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya.

Menteri kewangan itu juga turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa sekolah vernakular dipinggirkan dalam peruntukan Belanjawan 2021.

Katanya, ini kerana pada sesi pembentangan belanjawan itu, peruntukan untuk sekolah tidak diklasifikasikan mengikut jenis sekolah dan menambah perincian peruntukan bagi setiap jenis sekolah akan dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan tidak lama lagi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

00:15:16

Talk, Now with Art Harun

Dewan Rakyat Speaker Azhar Harun talks to Dangsuria Zainurdin about his childhood and music, the joy of kampung life, the sorrows of high posts, and the personal toll that comes with it – in this pilot episode of Talk, Now.

Speaker Art Harun shocked by friends who ‘unfriended’ him

The former lawyer opens up about himself, including how his appointment as Dewan Rakyat speaker has taken a personal toll.

Agong boleh benarkan sidang Parlimen semasa darurat, kata Istana Negara

Tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat

Ahli Parlimen PH dalam jawatankuasa khas darurat tetap mahukan sidang Parlimen

Mereka berkata sidang Dewan Rakyat sangat penting untuk memastikan segala agenda dan langkah-langkah untuk membendung Covid-19 dapat dibahaskan.

PH trio in emergency committee insist on Dewan Rakyat sitting

They say this will help ensure checks and balance and allow MPs to debate the measures taken to contain Covid-19.