Saturday, October 16, 2021

Bekas exco gesa MB Selangor batal kontrak melombong 10 tahun kepada syarikat swasta

Haniza Talha berkata keputusan itu tidak menepati syarat dalam pekeliling yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor.

Other News

Seorang bekas exco kerajaan negeri menggesa Menteri Besar Selangor Amirudin Shari untuk memberi penjelasan berhubung penganugerahan pajakan melombong pasir selama 10 tahun kepada sebuah syarikat swasta tanpa melalui tender terbuka sehingga mengenepikan anak syarikat negeri.

Haniza Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya turut meminta Amirudin supaya membatalkan pajakan melombong yang dikatakan tidak menepati  Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil 2/2015.

Katanya, menurut pekeliling tersebut, mana-mana pihak yang ingin menjalankan kerja perlombongan di tanah-tanah yang termaktub dalam dokumen berkenaan perlu melalui proses tender terbuka.

“Tanah-tanah tersebut merupakan tanah milikan kerajaan dan sepatutnya dikembalikan kepada kerajaan setelah habis tempoh pajakan 10 tahun daripada diperbaharui kontrak tersebut untuk 10 tahun lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Julai, Haniza yang memegang portfolio perumahan dan kehidupan bandar dipecat daripada barisan exco selepas keahliannya dalam PKR dilucutkan.

Semalam, MalaysiaNow melaporkan kontrak Syarikat KL Larut Sdn Bhd yang sepatutnya tamat pada Mac tahun ini diperbaharui selama 10 tahun lagi, membolehkannya melakukan aktiviti melombong di dua lot tanah milik kerajaan negeri di Kuala Selangor.

Keputusan itu diputuskan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada Ogos yang menyaksikan permohonan syarikat perlombongan pasir milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), diketepikan.

“Tanah-tanah tersebut merupakan tanah milikan kerajaan dan sepatutnya dikembalikan kepada kerajaan setelah habis tempoh pajakan 10 tahun daripada diperbaharui kontrak tersebut untuk 10 tahun lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan MalaysiaNow mendapati salah seorang daripada empat pengarah syarikat KL Larut adalah P Thiagarajan Pavadai, seorang ahli perniagaan berasal dari Klang yang turut dikenali sebagai Oms Thiagarajan.

Difahamkan, ahli perniagaan berusia 66 tahun itu terkenal dengan kesetiaan politiknya kepada presiden PKR Anwar Ibrahim, dan selalu mendapat perhatian media berkaitan isu melibatkan kaum India.

Sebelum ini, usaha MalaysiaNow untuk mendapatkan ulasan Amirudin berhubung perkara ini gagal kerana tiada maklum balas yang diberikan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles