Wednesday, March 3, 2021

Antara perjalanan Abim dan Amanah

Kedua-duanya mempunyai susur galur sama dalam gerakan Islam negara sejak 40 tahun lalu.

Other News

Vaksin cukup untuk setiap individu dewasa di AS

Presiden AS Joe Biden jamin rakyat negara itu mendapat vaksin Covid-19.

Deloitte setuju penyelesaian RM324 juta berkaitan 1MDB, SRC International

MoF berkata penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.

Polis masih siasat suami Zeti Akhtar terima dana 1MDB

Menurut beberapa laporan suami Zeti, Tawfiq Ayman dan anak-anaknya mengawal akaun mencurigakan berhubung dana 1MDB.

Cops still investigating Zeti’s husband over 1MDB funds claim

Tawfiq Ayman remains under investigation under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

Deloitte to pay RM324 million in 1MDB, SRC International settlement

This is the largest 1MDB-related settlement by an audit firm in Southeast Asia, says finance ministry.

Sabtu minggu lalu ada dua pertubuhan yang mengadakan persidangan tahunannya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Parti Amanah Negara.

Walaupun kedua-duanya tiada kaitan, Abim adalah badan dakwah orang muda dan Amanah merupakan parti politik, tetapi ia mempunyai susur galur sama dalam gerakan Islam negara sejak 40 tahun lalu.

Kini Abim sudah berkembang menjadi satu keluarga besar meliputi Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Wadah adalah persatuan baru bagi menampung warga Abim yang sudah melepas usia belia.

PKPIM adalah persatuan pelajar yang sudah lama bersekutu dengan Abim sejak tahun 1970-an lagi.

Pada dekad itu, satu perkembangan unik berlaku di dunia Islam.

Ia tidak dijangka dan didorong oleh banyak faktor, antara lain adalah kerana rasa tidak puas hati orang muda terhadap pentadbiran orang tua.

Mereka bukan saja menolak kapitalisme dan sosialisme, yang ketika itu masih bertarung dalam Perang Dingin tetapi juga golongan pemerintahan Muslim tradisional dan konservatif.

Jadi kesedaran baru untuk pelaksanaan Islam kontemporari ini dipanggil gerakan Islam dan lewat tahun 1970-an itu disebut sebagai Era Kebangkitan Islam.

Orang muda Islam di seluruh dunia ini mengimpikan satu dunia baru di mana negara-negara Islam menjadi unggul, maju dan mampu berdepan dengan Barat dan Timur.

Di Malaysia, pelopor Gerakan Islam ini adalah Abim.

Ia membawa gagasan Islam yang progresif dan kontemporari berbeza daripada persatuan-persatuan terdahulu seperti PAS.

Tetapi oleh kerana Abim ini bersifat pembangkang, maka ia bersama dengan PAS, ketika itu di bawah pimpinan Asri Muda, seorang nasionalis Islam kanan.

Dalam pilihan raya tahun 1978, kalangan Abim turut berkempen untuk PAS.

Abim diketuai oleh Anwar Ibrahim dengan timbalannya, Fadzil Nor.

Kemunculan Anwar dalam politik tanah air berlaku semasa Demonstrasi Pelajar tahun 1974 dan beliau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tetapi kebangkitan pelajar pada masa itu bukan fenomena gerakan Islam.

Ia merupakan gelombang demonstrasi pelajar Asia yang digerakkan oleh orang muda kiri dan berlaku juga di Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.

Sifatnya adalah anti-Amerika dan anti-Perang Vietnam.

Ia merupakan lanjutan daripada ledakan pemberontakan politik dan budaya orang muda tahun 1960-an di Amerika dan Eropah yang membantah Perang Vietnam.

Ideologi pemberontakan ini adalah bersifat kiri tetapi mereka menolak fahaman blok Timur, sebaliknya mengemukakan pemikiran sendiri disebut New Left atau Kiri Baru.

Ketika Anwar di Kem Tahanan Kamunting, Abim bergerak dan mempengaruhi kumpulan-kumpulan Islam di kampus-kampus universiti dan kolej tempatan, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Teknologi Kebangsaan, Kolej Pertanian Serdang dan Institut Teknologi Mara.

Landskap politik pelajar juga berubah, daripada fahaman kiri ke gerakan Islam.

Dengan melibatkan diri pada pilihan raya kampus, Abim dapat mempengaruhi parti pelajar yang bertanding dengan turut menguasai persatuan mahasiswa Islam dan persatuan mahasiswa universiti.

Maka hampir kesemua aktivis pelajar termasuk Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu di ITM mempunyai kaitan dengan Abim.

Pada tahun 1979, Anwar dibebaskan daripada ISA.

Tempat pertama beliau berceramah selepas dibebaskan ialah ITM.

Penulis hadir dalam majlis itu.

Ia adalah anjuran Kesatuan Siswa ITM yang presidennya ialah Khalid Jaafar.

Pengerusi majlis ialah Ghani Shamsuddin, seorang pensyarah dan kini merupakan penasihat Amanah.

Tetapi 1979 adalah tahun yang mana dunia digoncangkan oleh Revolusi Iran.

Ia merupakan kebangkitan orang muda yang berjaya menjatuhkan rejim Shah Reza Pahlavi, sekutu Amerika.

Sekaligus gerakan Islam mendapat inspirasi dan semangat baru dan percaya bahawa pada masa depan adalah milik umat dan dunia Islam.

Pengaruhnya turut sampai ke gerakan Islam Malaysia.

Pemimpin-pemimpin Abim juga mengunjungi Iran.

Mat Sabu muncul sebagai aktivis pro-Revolusi Iran.

Dalam politik kepartian, tentunya pilihan gerakan Islam adalah PAS.

Fadzil dan Nakhaie Ahmad daripada Abim menyertai PAS dan memenangi kerusi dalam pilihan raya umum tahun 1978.

Asri pula mengharapkan Anwar dapat menggantikannya untuk memimpin dan membangkitkan semula PAS.

Banyak aktivis gerakan Islam menyertai PAS termasuk Mat Sabu.

Ia menyegarkan parti itu dengan darah muda.

Menjelang pilihan raya umum tahun 1982, suatu perkembangan yang mengejutkan berlaku.

Atas tawaran Dr Mahathir Mohamad, Anwar menyertai Umno.

Mahathir juga memerhatikan perkembangan kebangkitan Islam di seluruh dunia.

Beliau mempunyai wawasan dunia Islam tersendiri bersifat progresif, inklusif, pembaharuan dalam tafsiran beragama tetapi tidak terlepas daripada nasionalisme kanan.

Malaysia hendak dijadikan negara Islam yang berbeza daripada apa yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dan Abdul Razak Hussein.

Tentu sekali pandangan Mahathir berbeza daripada Anwar dan gerakan Islam.

Walaupun tidak sama, mereka boleh bekerjasama.

Abim mendokong kemasukan Anwar ke dalam Umno, dengan mereka juga diberikan tempat dalam kerajaan dan parti.

Ketika Anwar menjadi ketua Pemuda Umno, beliau menubuhkan biro dakwah yang menerbitkan Jurnal Dakwah.

Umno hendak dijadikan sebahagian daripada gerakan Islam.

Tetapi tindakan Anwar itu memecahkan gerakan Islam.

Ia merupakan tamparan hebat kepada PAS.

Gerakan Islam berpecah.

Orang muda yang menolak tindakan Anwar itu menyertai PAS.

Mereka beralih kepimpinan, dari Anwar ke Fadzil yang tampil sebagai penentang utama Anwar, Mahathir dan Umno.

Strategi Mahathir berjaya dan BN menang besar dalam pilihan raya umum 1982.

Ekoran itu PAS bergolak dan orang muda gerakan Islam menjatuhkan kepimpinan lama parti itu.

Dengan gagasan Kepimpinan Ulama, PAS mengalami pembaharuan untuk menjadi wadah jelas bagi gerakan Islam.

Nik Abdul Aziz Nik Mat, Fadzil, Hadi Awang dan Nakhaie menjadi ulama bagi pembaharuan.

Ia didokong oleh aktivis muda, antara lain ialah Mat Sabu.

Tetapi akibatnya PAS berpecah. Asri menubuhkan Hamim dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Walaupun dengan semangat berkobar dan berceramah berapi-api, PAS kalah teruk dalam pilihan raya 1986.

Ia hanya dapat bertapak semula apabila Umno pula yang berpecah melalui kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Senario politik berubah apabila Mahathir dan Anwar yang berpecah pada tahun 1998.

Daripada reaksi rakyat, ternyata Anwar mempunyai penyokong yang ramai.

Fadzil dan PAS menyokong Anwar.

Abum turut berperanan dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya bergabung dengan PRM untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PAS sentiasa bersama PKR dan mendokong Anwar sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya 1999, 2004, 2008 dan 2013, dari Barisan Alternatif ke Pakatan Rakyat.

Tetapi setelah ketiadaan Fadzil dan Nik Aziz, PAS di bawah Hadi Awang menjadi konservatif, eksklusif dan nasionalis kanan.

Mereka menolak kerjasama dengan Anwar, PKR dan DAP.

Anggota pimpinan PAS yang menyokong Anwar dipanggil Anwarista dan Erdogan.

Mereka ini, termasuk Mat Sabu yang berjawatan timbalan presiden disingkirkan daripada kepimpinan melakui pemilihan muktamar tahunan.

PAS berpecah dan lahirlah Amanah.

Pakatan Rakyat digerakkan semula sebagai Pakatan Harapan.

Tetapi Umno berpecah juga dengan Mahathir menubuhkan Bersatu untuk melawan BN.

Inilah ironi politik. Dalam pilihan raya 2018, Mahathir, Anwar dan Mat Sabu bersekutu dan berjaya mengalahkan Umno dan PAS.

Kini menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, Anwar dan Mahathir masih bertikai.

Abim tetap bersama Anwar.

Amanah menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri tetapi mencadangkan grand coalition atau PH plus untuk memberi ruang pada calon lain dan menampung suara penyokong Mahathir.

Buat masa ini para aktivis tidak menyebut lagi pun istilah gerakan Islam.

Bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia.

Tiada lagi slogan Era Kebangkitan Islam.

Sebaliknya istilah Islamic State amat ditakuti oleh dunia kerana ia menjadi gerakan terorisme mengerikan yang mencemarkan dan melumpuhkan idealisme gerakan Islam 40 tahun dahulu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Ada apa dengan Amanah? Dari kekuasaan ke survival parti

Amanah kini berdepan badai pertelingkahan politik sesama parti gabungan Pakatan Harapan.

Whither Amanah? After power comes survival

After its heyday as part of the federal government, the PAS splinter party may have ignored the writing on the wall.

PKR pertahankan tindakan wakil rakyat Amanah lompat parti

Ahli dalam Pakatan Harapan boleh bertukar menyertai mana-mana parti kecuali ‘seteru’ politik.

PKR defends Amanah party hoppers

It says members within the Pakatan Harapan coalition can switch parties but not to the 'enemy side'.

Stop the hypocrisy, Amanah tells PKR as rift widens over PH intra-hopping

This comes as Amanah loses five of its assemblymen in Selangor and Johor.