- Iklan -
Luar Sana

Daerah di China tawar 'ganjaran tunai' kepada pengantin baru berumur 25 tahun ke bawah

Bimbang tentang kemerosotan pertama jumlah penduduk China dalam tempoh enam dekad dan populasinya yang semakin menua, pihak berkuasa segera mencuba pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar kelahiran termasuk insentif kewangan dan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang lebih baik.

Reuters
2 minit bacaan
Kongsi
Jurugambar membantu seorang pengantin perempuan semasa penggambaran perkahwinan di luar Forbidden City, di Beijing, China 1 Mei 2020. Gambar: Reuters
Jurugambar membantu seorang pengantin perempuan semasa penggambaran perkahwinan di luar Forbidden City, di Beijing, China 1 Mei 2020. Gambar: Reuters

Sebuah daerah di timur China menawarkan pasangan baru berkahwin “ganjaran” sebanyak AS$137 (kira-kira RM637) jika pengantin perempuannya berumur 25 tahun dan ke bawah.

Langkah terbaharu untuk memberi insentif kepada golongan muda berkahwin susulan kebimbangan mengenai kadar kelahiran yang semakin menurun. 

Notis itu, yang diterbitkan di akaun Wechat rasmi daerah Changshan minggu lalu, berkata ganjaran itu adalah untuk menggalakkan "perkahwinan dan melahirkan anak yang sesuai dengan umur" untuk perkahwinan pertama. 

Ia juga termasuk siri subsidi penjagaan anak, kesuburan dan pendidikan untuk pasangan yang mempunyai anak. 

Bimbang tentang kemerosotan pertama jumlah penduduk China dalam tempoh enam dekad dan populasinya yang semakin menua, pihak berkuasa segera mencuba pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar kelahiran termasuk insentif kewangan dan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang lebih baik. 

Had umur undang-undang China untuk berkahwin ialah 22 untuk lelaki dan 20 bagi wanita, tetapi bilangan pasangan yang berkahwin telah menurun. 

Itu sekali gus mendorong kemerosotan kadar kelahiran kerana dasar rasmi negara itu yang menyukarkan wanita bujang untuk mempunyai anak.

Kadar perkahwinan mencecah rekod 6.8 juta pada 2022, terendah sejak 1986, menurut data kerajaan yang dikeluarkan pada Jun. 

Terdapat 800,000 perkahwinan didaftarkan pada tahun lepas berbanding 2021. 

Kadar kesuburan China, yang sudah pun antara yang terendah di dunia, dianggarkan turun ke paras terendah 1.09 pada 2022, lapor media kerajaan. 

Kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi dan terpaksa berhenti kerja telah menyebabkan ramai wanita tidak mempunyai lebih banyak anak sama sekali. 

Diskriminasi jantina dan stereotaip tradisional wanita menjaga anak mereka masih berleluasa di seluruh negara. 

Keyakinan pengguna yang rendah dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesihatan ekonomi China juga merupakan faktor utama yang disebut oleh golongan muda republik itu kerana tidak mahu berkahwin dan mempunyai anak.