- Iklan -
Luar Sana

Singapura tahan 10 warga asing, rampas aset S$1 bilion bantu siasatan pengubahan wang haram

Semua warga asing tersebut yang berasal dari China, Turkiye, Cyprus, Kemboja dan Ni-Vanuatu berumur antara 31 dan 44 tahun.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail seorang pengawal keselamatan di Singapura. Gambar: Reuters
Gambar fail seorang pengawal keselamatan di Singapura. Gambar: Reuters

Polis Singapura menahan 10 warga asing atas dakwaan pengubahan wang haram dan kesalahan pemalsuan, dalam kes melibatkan wang tunai, hartanah, kereta mewah dan aset lain berjumlah kira-kira S$1 bilion (RM3.40 bilion).

Polis melakukan serbuan serentak pada Selasa di seluruh bandar untuk menangkap suspek, kata kenyataan mereka semalam. 

Perintah larangan pelupusan telah dikeluarkan terhadap 94 hartanah dan 50 kenderaan, dengan jumlah anggaran nilai lebih S$815 juta. 

Rampasan lain termasuk akaun bank, wang tunai, beg mewah, barang kemas, jam tangan, peranti elektronik dan beberapa dokumen dengan maklumat mengenai aset maya.

Menurut polis Singapura semua warga asing yang berasal dari China, Turkiye, Cyprus, Kemboja dan Ni-Vanuatu itu berumur antara 31 dan 44 tahun.

Sementara itu, bank pusat Singapura dalam satu kenyataan berasingan berkata ia telah "berhubung dengan institusi kewangan (FI) bagi mengenal pasti dana haram. Penglibatan penyeliaan dengan FI ini sedang berjalan"

Bagaimanapun, institusi kewangan itu tidak dinamakan.