- Iklan -
Luar Sana

Hakim AS arah peguam Trump supaya tidak kongsi bukti menjelang perbicaraan

Perintah itu juga menyatakan bahawa Trump ‘tidak boleh menyimpan salinan’ dan bahawa dia hanya boleh menyemak bahan kes ‘di bawah penyeliaan terus peguam bela atau anggota kakitangan peguam bela.’

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas presiden AS Donald Trump. Gambar: Reuters
Bekas presiden AS Donald Trump. Gambar: Reuters

Hakim Amerika Syarikat (AS) di Florida semalam mengarahkan peguam bela bekas presiden Donald Trump supaya tidak mendedahkan bukti dalam kes dokumen sulit kepada pengamal media atau orang ramai menjelang perbicaraan, menurut pemfailan mahkamah. 

Perintah daripada Hakim Majistret AS Bruce Reinhart juga meletakkan syarat ketat terhadap akses Trump kepada bahan tersebut. 

"Bahan penemuan, bersama-sama dengan apa-apa maklumat yang diperoleh daripadanya, tidak boleh didedahkan kepada orang ramai atau pengamal media, atau disebarkan pada mana-mana platform berita atau media sosial, tanpa notis awal dan persetujuan AS atau kelulusan mahkamah," menurut perintah yang difailkan semalam. 

Ia juga menyatakan bahawa Trump "tidak boleh menyimpan salinan" dan bahawa dia hanya boleh menyemak bahan kes "di bawah penyeliaan terus peguam bela atau anggota kakitangan peguam bela."

Perintah itu membenarkan usul yang difailkan minggu lalu oleh pendakwa raya yang telah meminta mahkamah meletakkan syarat bagaimana pihak pembelaan menyimpan dan menggunakan dokumen itu.