- Iklan -
Luar Sana

Kuwait bentuk kerajaan baharu

Sheikh Ahmed dilantik semula sebagai perdana menteri oleh putera mahkota pada Mac.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Kuwait Sheikh Ahmed Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah. Gambar: Reuters
Perdana Menteri Kuwait Sheikh Ahmed Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah. Gambar: Reuters

Perdana Menteri Kuwait Sheikh Ahmed Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah membentuk kerajaan baharu pada Ahad.

Sheikh Ahmed dilantik semula sebagai perdana menteri oleh putera mahkota pada Mac, dua bulan selepas kerajaannya meletak jawatan berikutan pertikaian dengan Parlimen.

Kerajaan baharu itu termasuk 14 menteri Kabinet, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita KUNA.

Pembentukan kerajaan dibuat beberapa hari selepas Speaker Parlimen Marzouq Al-Ghanim merayu kepada raja-raja negara itu untuk campur tangan bagi menyelesaikan krisis antara parlimen dan perdana menteri.

Perselisihan faham antara Parlimen dan kerajaan sering membawa kepada peletakan jawatan Kabinet di negara Teluk itu.