- Iklan -
Luar Sana

UK berdepan kekurangan bekalan sayur

Bekalan sayur import terjejas akibat cuaca buruk di Afrika Utara dan Sepanyol, manakala sayur tempatan dijual dengan harga yang sangat tinggi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pelanggan membeli buah dan sayur di sebuah kedai runcit di Walthamstow, timur London pada 13 Februari. Gambar: AFP
Seorang pelanggan membeli buah dan sayur di sebuah kedai runcit di Walthamstow, timur London pada 13 Februari. Gambar: AFP

Pasar raya di seluruh Britain dipenuhi rak kosong ekoran bekalan produk segar semakin sukar didapati, hingga menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran dicatu.

Rangkaian pasar raya termasuk Asda, Morrisons, Iceland, M&S (Marks and Spencer) Aldi dan Tesco kini berdepan kekurangan bekalan beberapa jenis sayuran termasuk tomato, timun dan brokoli.

Tesco menyertai rangkaian pasar raya lain dalam mengehadkan pembelian sayur-sayuran tertentu bagi setiap pelanggan, lapor Agensi Anadolu.

Pasar raya lain seperti M&S, Sainsbury's, Iceland dan Co-op turut menghadapi situasi yang sama.

Bekalan sayur-sayuran terjejas akibat cuaca buruk melanda Afrika Utara dan Sepanyol hingga menyebabkan hasil tuaian yang rendah.

Pasaran tempatan juga dilaporkan terjejas, dengan sesetengah pihak menjual sayur-sayuran pada harga yang jauh lebih tinggi.

Pasar Aziziye yang terletak di utara London, mendedahkan bahawa harga sekotak tomato seberat empat hingga lima kilogram (8.8 hingga 11 paun) telah meningkat kepada 20 paun sterling (AS$24 atau RM106.42) daripada sekitar 7 paun sterling (AS$8.43 atau RM37.38) hampir seminggu yang lalu.

"Cuaca buruk di Sepanyol dan Maghribi telah mengganggu penuaian buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk tomato dan lada, tetapi yakinlah, peruncit melakukan sedaya upaya mereka untuk menangani masalah ini," menurut Konsortium Runcit British pada Selasa.